The Rock Pelakon Paling Masyuk 2019, Kalahkan Pelakon Lelaki Popular Yang Lain

Sembang

Baru-baru ni, Forbes ada keluarkan senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling mahal dari 1 Jun 2018 sehingga 1 Jun 2019. Bayaran tersebut termasuk lah bayaran yang diterima oleh pelakon tersebut untuk setiap drama atau filem lakonannya dan bayaran royalti yang diterima menerusi kolaborasi dengan jenama terkenal sama ada baju, kasut, gadget dan macam-macam lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

Menurut Forbes, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock merupakan pelakon yang menerima bayaran paling tinggi dari 1 Jun 2018 sehingga 1 Jun 2019.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

The Rock berjaya memperolehi pendapatan sebanyak $89.4 Juta menerusi drama “Ballers” di HBO, keuntungan daripada filem Jumanji: Welcome to the Jungle, bayaran pendahuluan untuk filem baru Jumanji: The Next Level yang akan ditayangkan tak lama lagi dan hasil royalti daripada kolaborasi bersama jenama barangan sukan terkenal, Under Amour.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Under Armour (@underarmour) on

Yang terkini, The Rock dah pun mendirikan rumah tangga bersama dengan Lauren Hashian, seorang penyanyi dan penulis lirik. The Rock dan Lauren Hashian dah bersama sejak tahun 2007 dan dah ada 2 orang anak perempuan.

 

View this post on Instagram

 

We do. August 18th, 2019. Hawaii. Pōmaikaʻi (blessed) @laurenhashianofficial❤️ @hhgarcia41📸

A post shared by therock (@therock) on

The Rock berjaya mengalahkan pelakon popular lain untuk bergelar pelakon lelaki yang menerima bayaran paling mahal dari 1 Jun 2018 sehingga 1 Jun 2019 antaranya Chris Hemsworth, Robert Downey Jr. dan Jackie Chan. Ini senarai pelakon yang dikongsi oleh Forbes.

Image Via : forbes.com

KATALAKI: Masa kat WWF & WWE dulu pun The Rock paling mahal, jadi pelakon pun paling banyak terima bayaran. Masyuk teruk The Rock ni.

Last modified: 24 August 2019