The Surge – Bloodborne Versi Futuristik!

Game, Tech

Game percuma datang lagi. Bagi korang yang belum download lagi game free untuk subscriber PS Plus bulan March, Meloponglah korang! Aku banyak habiskan masa main Action Henk bila aku dah serabut nak kalahkan bos dalam game Sekiro: Shadow Die Twice!

So macam biasa, setiap bulan Playstation akan berikan gamegame percuma untuk semua orang yang subscribed PS Plus. Untuk bulan April ini, Playstation akan memberikan korang dua game bakal menguji kemahiran korang dan salah satu game dia boleh membuatkan korang baling controller sebab tension asyik mati lawan enemy!

Dua game yang dorang akan berikan kepada subscribersubscriber Playstation Plus adalah game The Surge dan juga game What Remains Of Edith Finch. Seperti yang korang sedia maklum, tiada permainan video percuma untuk PS Vita dan juga PS3.

THE SURGE

The Surge merupakan permainan video berciri science fiction action role playing yang dibangunkan oleh Deck13 Interactive dan dikeluarkan oleh Focus Home Interactive untuk PC, Xbox One dan juga PS4. Permainan video The Surge ini mengambil inspirasi daripada permainan video Rise of the Robots dan juga siri Souls game seperti Dark Souls dan juga Bloodborne. Korang boleh anggap game The Surge ini macam siri game Souls tapi berada pada zaman futuristic. Kalau korang sukakan cabaran, The Surge ini memang sesuai dengan korang.

WHAT REMAINS OF EDITH FINCH

Game yang dibangunkan oleh Giant Sparow dan dikeluarkan oleh Annapurna Interactive ini membawa ciri adventure game. Ianya telah dikeluarkan pada tahun 2017 untuk PC, Xbox One dan juga PS4. Dalam game ini, korang akan dibantu oleh Edith Finch untuk cuba merungkai sumpahan yang terkena pada semua ahli keluarga dia sejak beberapa zaman. Storyline yang terdapat pada permainan video What Remains of Edith Finch ini agak menarik dan seronok bagi mereka yang mementingkan storyline dalam permainan video.

Selain itu, korang juga akan mendapat theme Playstation 4 Toro secara percuma. Gamegame percuma ini boleh mula di muat turun bermula 4 April 2019 sehingga 8 Mei 2019. Tak dilupakan juga, Bagi korang yang berminat nak mencuba mod Battle Royale dalam permainan video terbaru Call of Duty: Black Ops 4, korang boleh mencubanya bermula dari 2 April sehingga 30 April 2019 ini! 

KATALAKI: Kalau korang dah bosan main Apex Legends, Bolehlah try main Mod Battle Royale Call of Duty: Black Ops 4 pulak!

Last modified: 4 April 2019