The Umbrella Academy – Keluarga Superhero Bermasalah!

Sembang

Baru-baru ini Netflix mengeluarkan satu siri terbaru yang bernama The Umbrella Academy. The Umbrella Academy di adaptasi daripada komik yang ditulis oleh Gerard Way. Yeap, Gerard Way yang vokalis untuk My Chemical Romance tu!

via GIPHY

The Umbrella Academy menceritakan tentang 7 orang adik beradik tiri yang dijadikan sebagai anak angkat oleh seorang jutawan terkenal. Tapi 7 orang adik beradik ini bukan orang biasa-biasa. Ketujuh-tujuh dorang dilahirkan oleh perempuan berlainan dan dorang lahir daripada perempuan yang langsung tak tahu dorang tengah mengandung. Maksudnya dorang ini lahir secara tiba-tiba.

via GIPHY

Ayah angkat dorang merupakan seorang jutawan dan dia telah berjaya mencari dan mengumpul ketujuh-tujuh kanak-kanak ini daripada serata tempat untuk dilatih menjadi satu group superhero. So hari ini aku nak kenalkan sikit watak-watak dalam The Umbrella Academy ini sebelum korang layan series dia nanti.

SIR REGINALD HARGREEVES

Sir Reginald Hargreeves atau dikenali sebagai The Monocle.

Dia adalah orang yang bertanggungjawab mencipta The Umbrella Academy, satu group superhero. Dia yang dilakonkan oleh Colm Feore dilihat sebagai satu watak yang dingin dan ini dapat dilihat dengan cara di memanggil anak-anak angkatnya. Instead of memanggil dorang dengan nama, dia panggil dorang ini dengan nombor yang telah ditetapkan.

Selepas budak-budak ini membesar dan keluar dari The Umbrella Academy, dia telah meninggal dunia. Namun cara dia meninggal dunia membuatkan salah seorang anak angkat dia, No.1 ataupun nama sebenar dia Luther menganggap dia bukan mati sebab sakit tua tapi telah dibunuh.

POGO

Pogo merupakan seekor chimpanzee tapi dia bukan chimpanzee biasa-biasa ok! Dia merupakan seekor chimpanzee yang advanced dan mampu bercakap dan mempunyai emosi seperti manusia biasa.

Dan dia juga sebenarnya seorang doctor ok! Nama sebenar dia dalam komik adalah Dr. Phinneus Pogo. Pogo merupakan pembantu kepada Sir Reginald dan dilihat lebih bersifat macam seorang ayah kepada ketujuh-tujuh kanak-kanak ini semasa dorang membesar.

Ini membuatkan dorang lebih respek dan lebih sayang Pogo berbanding Sir Reginald. Bila Sir Reginald meninggal, dia adalah orang yang bertanggungjawab contact kesemua anak-anak angkat Sir Reginald untuk majlis perkebumian dia. Hanya Pogo dan Grace sahaja tahu punca sebenar kematian Sir Reginald.

GRACE

Grace merupakan watak yang agak berlainan sedikit dengan watak dia dalam komik sebab scene dia dalam komik tak banyak macam scene dia dekat Netflix punya version . Grace merupakan penjaga dan mak angkat kepada ketujuh-tujuh  anak angkat Sir Reginald.

Namun Grace ini pun bukan manusia biasa. Dia sebenarnya adalah robot yang dicipta oleh Sir Reginald untuk menjaga budak-budak ini setelah hampir semua penjaga dorang cedera semasa menjaga dorang.

So dengan mencipta satu robot penjaga yang tidak akan cedera ataupun rosak, barulah budak-budak ini behave. Walaupun Grace hanya robot tapi dia dicipta dengan sifat keibuan dan ini membuatkan budak-budak ini sangat sayang dan dengar cakap dia.

NUMBER ONE

Number One merupakan salah seorang daripada tujuh anak angkat Sir Reginald. Setiap nombor-nombor ini diberikan oleh Sir Reginald berdasarkan siapa yang paling berguna so kalau nak diikutkan antara ketujuh-tujuh budak-budak ini, Sir Reginald menganggap Luther adalah yang paling berguna.

Luther mempunyai kuasa super strength dan mempunyai tubuh badan yang kuat macam kereta kebal. Luther merupakan satu-satunya yang tidak keluar dari The Umbrella Academy dan masih berkhidmat untuk Sir Reginald sehingga dia mati.

Semasa Sir Reginald mati, Luther berada di bulan kerana telah diarahkan untuk protect bumi dari ancaman luar. Hanya Luther sahaja yang menganggap Sir Reginald bukan mati disebabkan dia sakit tua tapi dia yakin yang sebenarnya Sir Reginald telah dibunuh. Luther dilakonkan oleh Tom Hopper.

NUMBER TWO

Diego Hargreeves ataupun dalam komik dikenali sebagai The Kraken adalah anak angkat nombor 2 Sir Reginald. Walaupun dia diberi nombor 2 oleh Sir Reginald, Sir Reginald menganggap Diego adalah seorang kanak-kanak yang sentiasa melawan dan susah nak dijaga ketika kecil.

Diego mempunyai keupayaan untuk menahan nafas dia selama mungkin dan mampu melempar pisau tepat kesasaran walau dekat mana pun target dia berada. Walaupun sudah keluar dari The Umbrella Academy, dia tetap menjadi superhero dan melawan orang-orang jahat secara senyap.

Watak dia ini lebih kurang macam watak Batman + Bullseye lah senang cerita. Diego sangat rapat dengan Grace dan menganggap Grace macam mak dia sendiri walaupun dia tahu yang Grace cuma robot ciptaan Sir Reginald. Diego dilakon oleh David Castaneda.

NUMBER THREE

Allison Hargreeves mempunyai superpower yang agak unik. Dia mempunyai kelebihan untuk menukar satu penipuan kepada kenyataan. Contoh kalau dia cakap yang bumi ini flat, semua orang yang dengar apa dia cakap akan anggap apa yang dia cakap itu betul dan semua orang akan percaya cakap dia. Disebabkan itulah nama panggilan dia The Rumors.

Allison satu-satunya daripada tujuh anak angkat Sir Reginald yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Namun dalam siri ini dia dalam proses bercerai selepas suami dia dapat tangkap dia gunakan superpower dia pada anak dia sendiri.

Dalam siri Netflix ini, Allison agak berjaya dengan kehidupan dia. Dia merupakan pelakon terkenal namun sebenarnya dia jadi femes bukan disebabkan oleh bakat dia tapi disebabkan dia menggunakan superpower dia pada orang ramai yang membuatkan semua orang rasa dia memang berbakat. Watak Allison dilakonkan oleh EmmyRaver Lampman.

NUMBER FOUR

Klaus Hargreeves merupakan anak angkat ke empat Sir Reginald. Dia mempunyai superpower berkomunikasi dengan orang yang telah mati, telekinesis, dan mampu kawal roh orang yang telah mati. Sebab itulah dia mendapat nama gelaran The Séance.

Didalam siri Netflix, Klaus dilihat sebagai seorang penagih dadah. Namun ada sebab kenapa dia ambik dadah. Bila dia tengah high dengan dadah, dia tidak dapat mendengar suara-suara atau nampak orang yang telah mati. Ini kerana dia masih takut dengan superpower yang dia ada dan masih trauma bila Sir Reginald mengurung dia didalam satu kubur untuk melatih dia mengawal kuasanya semasa dia masih kecil.

Disebabkan hanya Klaus sahaja yang mampu bercakap dengan orang yang telah mati, Luther meminta Klaus untuk bercakap dengan roh Sir Reginald tapi disebabkan dia still high dengan dadah, Klaus gagal untuk menggunakan superpower-nya.

NUMBER FIVE

Satu-satunya anak angkat Sir Reginald yang tidak mempunyai nama sebenar. Ini disebabkan pada umur dia 10 tahun dia telah hilang apabila dia tidak sengaja telah travel ke masa hadapan. Dia telah stuck pada hadapan dimana semua manusia telah mati termasuk adik beradik angkat dia.

Didalam siri Netflix, Number Five atau nama gelaran dia The Boy, telah bertengkar dengan Sir Reginald pada satu pagi apabila Sir Reginald melarang dia menggunakan kuasa untuk time travel kerana bagi Sir Reginald, Number Five masih belum bersedia untuk menggunakan kuasa itu.

Disebabkan dia terlalu marah, Dia telah keluar dari rumah dan mula menggunakan kuasa time travelnya. Pada awalnya dia berjaya untuk travel kesatu-satu masa namun tiba-tiba dia telah stuck terlalu jauh dan bila dia lihat keliling dia semuanya telah hancur termasuk rumahnya.

Selama berpuluh tahun dia stuck pada masa hadapan, dia akhirnya berjaya pulang pada hari perkebumian Sir Reginald namun dia berjaya mengkekalkan tubuh badan budak-budak dia. Bila dia balik sahaja, dia terus bagitahu adik-beradik angkat dia yang dunia akan musnah dalam masa 8 hari dan dorang kena cari punca dunia akan musnah. Number Five dilakonkan oleh Aidan Gallagher.

NUMBER SIX

Ben Hargreeves merupakan anak angkat keenam Sir Reginald. Dia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan raksaksa dari tubuh badan dia. Ini membuatkan dia mendapat nama gelaran The Horror.

Dalam siri Netflix, Ben telah mati semasa sedang menjalankan misi bersama adik beradik angkat dia. Dikatakan kematian Ben adalah salah satu punca kenapa kesemua adik-beradik angkat dia berpecah dan keluar dari The Umbrella Academy.

Namun apa yang adik beradik dia tidak tahu, Klaus masih boleh berkomunikasi dengan Ben dan dialah orang yang bertanggungjawab menjaga Klaus disaat dia tengah high. Dia juga telah mengajar Klaus yang superpower dia bukan sahaja boleh bercakap dengan orang yang telah mati tapi lebih dari itu. Ben dilakonkan oleh Justin H. Min.

NUMBER SEVEN

Vanya Hargreeves merupakan anak angkat ketujuh dan terakhir Sir Reginald. Semasa dia kecil, Sir Reginald selalu mengasingkan Vanya dengan adik beradik dia yang lain kerana dia dikatakan tidak mempunyai apa-apa superpower berbanding adik beradik dia yang lain.

Dalam siri Netflix, Vanya terasa diri dia selalu tidak layak untuk bergaul dengan adik beradik angkat dia yang lain kerana Sir Reginald selalu memberitahu yang Vanya hanya manusia normal biasa. Selepas kematian Ben, Vanya telah keluar daripada The Umbrella Academy dan menulis satu buku bagi memberitahu satu dunia bagaimana kehidupan di The Umbrella Academy. Dalam buku ini ada menceritakan pelbagai latihan dan bagaimana Sir Reginald melayan anak-anak angkatnya.

Nama gelaran untuk Vanya adalah White Violin. Vanya dilakonkan oleh Ellen Page.

KATALAKI: So lepas habis baca artikel ni nanti korang bolehlah layan siri dia dekat Netflix. Aku harap dorang akan buat season 2 pula nanti!

Last modified: 8 March 2019