Thor Berlakon Sebagai Hulk Hogan Kat Netflix

Sembang

Tak lama lagi, Netflix akan keluarkan filem biopic terbaru yang mengisahkan perjalanan hidup legenda wrestling, Hulk Hogan. Korang sempat tak merasa zaman Hulk Hogan? Betapa hebatnya nama Hulk Hogan ni, mak dengan ayah kita pun tahu siapa Hulk Hogan.

Menurut The Hollywood Reporter, Chris Hemsworth yang akan berlakon sebagai Hulk Hogan dalam filem ni nanti dan diarahkan oleh pengarah filem The Hangover, Todd Philips.

Sumber: www.hollywoodreporter.com

Kalau korang ingat lagi, antara wrestler yang pernah jadi musuh kepada Hulk Hogan masa masih aktif wrestling dulu termasuk lah Shawn Michaels, Bret Hart, Jesse Ventura, Scott Steiner, Ric Flair dan ramai lagi.

Takde lagi pengesahan daripada Chris Hemsworth atau Hulk Hogan sendiri pasal filem biopic terbaru kat Netflix ni nanti. Bila akan ditayangkan kan pun belum pasti lagi. Tapi sekarang ni Chris Hemsworth selalu update kat Instagram dia tengah busy teruk dengan workout. Mungkin dalam proses nak besarkan lagi badan macam Hulk Hogan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chris Hemsworth (@chrishemsworth) on

KATALAKI: Dari dulu lagi kami syak Hulk Hogan ni peminat sejati team Selangor.

Last modified: 24 February 2019