Throwbaek Iklan Bola Jangan Tiru Aksi Ini

Aktif, Bola

Korang ingat lagi ke dulu selalu ada iklan best jenama-jenama besar yang menampilkan bintang bola sepak ternama. Sekarang pun ada je iklan macam ni. Tapi iklan yang lama macam lagi best untuk kita tengok sampai kita boleh ingat lagi sampai sekarang.

So, ini lah antara iklan-iklan yang masa dulu menjadi bualan ramai sampai ada yang tiru aksi dalam iklan ni masa main bola.

The Football Warriors

Masa ni David Beckham tengah top ni. Selain David Beckham, ada juga kemunculan Roberto Carlos, Francesco Totti, Ronaldinho, Raul Gonzalez. Tahun 2018, Pepsi ada keluarkan iklan terbaru yang ada Lionel Messi, Dele Alli, Toni Kross dan Marcelo. Macam tak boleh lawan iklan yang lama je.

Write The Future

Iklan Nike ni bertujuan untuk mempromosikan Piala Dunia 2010 menampilkan Didier Drogba, Fabio Cannavaro, Wayne Rooney, Franck Ribéry, Ronaldinho, dan Cristiano Ronaldo. Bukan player bola je ada, pemain NBA, Kobe Bryant dan pemain tenis, Roger Federer pun ada. Korang perasan tak? Cer tengok lagi sekali.

José +10

Iklan legend yang confirm korang ingat. Dua budak lelaki yang nak main street soccer. Siap boleh pilih player yang dia nak. Player betul-betul keluar lak tu. Paling gempak, Franz Beckenbauer dan Michel Platini masa muda pun ada!

The Next Level

Iklan yang ditayangkan pada tahun 2008, Nike sekali lagi tak menghampakan peminat bola sepak yang tertunggu-tunggu iklan yang ada player bola ternama. Iklan kali ni Nike tampil dengan iklan yang menunjukkan point of view daripada seorang player. Arsene Wenger pun ada! Cuma aku pening sikit tengok iklan ni lama-lama sebab kamera gegar-gegar.

The Joy

Iklan yang aku rasa semua orang suka. Legend bola sepak dunia, Ronaldinho yang sentiasa happy-go-lucky di atas padang. Murah dengan senyum. Sebab tu takde orang yang tak suka Ronaldinho. Kira people’s champ la ni. Nike buat balik footage Ronaldinho berjimba-jimba dalam futsal court masa kecik dan dah dewasa. Dia ayamkan je semua orang.

KATALAKI: Ada lagi iklan best yang korang ingat?

Last modified: 14 November 2018