Tiga Generasi Marcos Alonso

Aktif, Bola

Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.  Sebuah peribahasa yang memberi maksud tentang baik buruk ibu dan bapa diwarisi oleh seorang anak. Kalau dalam bola sepak, bukan benda yang pelik kalau kita nampak seorang pemain bola sepak yang mewarisi bakat bola sepak bapanya.

Tapi korang tahu tak sebenarnya pemain pertahanan Chelsea, Marcos Alonso merupakan pemain bola sepak generasi ke-3 selepas bapa dan datuknya?

 

View this post on Instagram

 

Arigato Japan 🇯🇵 Great week of training and good game tonight! 🙏🏼💪🏻💯

A post shared by Marcos Alonso (@marcosalonso28) on

Generasi Marcos Alonso dalam sukan bola sepak bermula daripada Marcos Alonso Imaz yang juga dikenali sebagai Marquitos, bermain di posisi pertahanan. Marcos Alonso Imaz yang lahir pada tahun 1933, merupakan salah seorang legenda Real Madrid yang pernah menjulang piala European Cup (sekarang ni digelar UEFA Champions League) sebanyak 5 kali pada tahun 1956, 1957, 1958, 1959 dan 1960.

Selepas Marcos Alonso Imaz bersara daripada bola sepak, generasi ke-2 Marcos Alonso disambung oleh Marcos Alonso Peña pada tahun 1977 yang lahir daripada akademi bola sepak Real Madrid. Walaupun tak berjaya dapat tempat untuk beraksi bersama pasukan senior Real Madrid, tapi Marcos Alonso Peña berjaya mencipta nama sebagai salah seorang penyerang berbisa bersama Atletico Madrid dan Barcelona.

 

View this post on Instagram

 

#fathersday #diadelpadre #frigulich #elmejor #ypunto

A post shared by Marcos Alonso (@marcosalonso28) on

Karier bola sepak Marcos Alonso Peña tak sehebat bapanya, Marcos Alonso Imaz yang pernah menang European Cup sebanyak 5 kali, tapi Marcos Alonso Peña pernah berbakti dengan pasukan kebangsaan Sepanyol sehingga berjaya layak ke perlawanan akhir UEFA EURO 1984.

Generasi ke-3 dan yang terkini Marcos Alonso iaitu Marcos Alonso Mendoza yang sekarang ni beraksi bersama Chelsea, juga lahir daripada akademi bola sepak Real Madrid. Menerima nasib yang lebih kurang sama macam bapanya, Marcos Alonso Mendoza, hanya pernah buat 1 penampilan bersama skuad senior Real Madrid sebelum dijual kepada Bolton Wanderers yang masih lagi beraksi di Premier League masa tu.

Marcos Alonso Mendoza mula mencuri perhatian selepas beraksi selama 3 tahun bersama Fiorentina sebelum dibeli oleh Chelsea pada tahun 2016. Marcos Alonso Mendoza yang berusia 30 tahun pada 28 Disember 2020, dah pernah merasa pegang piala Premier League pada tahun 2017, FA Cup pada tahun 2018 dan UEFA Europa League pada tahun 2019.

KATALAKI: Setakat ni belum nampak lagi akan muncul Marcos Alonso generasi ke-4.

Last modified: 28 March 2020