TikTok Punya Pasal, DISNEY Pun Boleh Terkejut

Sembang, ZAP, ZeKool

Retweet bukan tanda setuju. Tapi pengguna Twitter yang betul-betul aktif menggunakan Twitter mesti sedar dengan kehebatan impak retweet yang mampu menerbangkan segala jenis info ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata. Kalau korang tak percaya, nak cuba sendiri pun boleh. Korang try lah tweet sesuatu yang beremosi atau yang mengejutkan pasal diri korang sendiri, tak lama lepas tu mesti ada kawan-kawan korang yang nampak macam tak kenal Twitter pun boleh bertanya pasal tweet korang yang mengejutkan tu. Kalau akaun korang private pun belum tentu lagi boleh menyembunyikan apa yang korang luahkan di Internet. Sebab tu lah kena sentiasa berhati-hati dan berwaspada meluahkan sesuatu di media sosial, terutama sekali di Twitter.

Yang terbaru, disebabkan retweet, seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Julian Bass, berjaya membuatkan Disney dan beberapa lagi individu penting di belakang Disney terkejut selepas video TikTok yang menunjukkan kehebatan Julian Bass menggunakan kesan visual, bertukar-tukar watak hero yang dimiliki oleh Disney dalam masa 20 saat yang terdiri daripada watak Jedi, Ben 10 dan Spider-Man. Kalau kat Malaysia, kita ada Sofyank96.

Selepas video TikTok tersebut dilepaskan ke Twitter dengan captionIf y’all can retweet this enough times that Disney calls, that’d be greatly appreciated”, lebih daripada 400 ribu retweet yang berjaya dicapai sehingga kini, menyebabkan Disney sendiri memberikan respons kepada video yang dimuat naik oleh Julian Bass. Tak cukup dengan Disney, pengerusi Disney, Robert Iger atau lebih dikenali sebagai Bob Iger juga terpukau dengan video TikTok yang dihasilkan oleh Julian Bass.

Selain daripada Bob Iger, pelakon yang menyumbangkan suara sebagai Olaf dalam filem Disney bertajuk Frozen, Josh Gad, salah seorang pengarah filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, Peter Ramsey dan pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn juga meluahkan rasa teruja dan terpukau dengan video TikTok daripada Julian Bass yang tersebar meluas di Twitter. Dekat Twitter, video watak hero yang dihasilkan oleh Julian Bass dah ditonton lebih daripada 17 juta penonton. Berbeza dekat TikTok, video yang sama menerima jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta setakat ni. Ada banyak lagi video Julian Bass yang gempak-gempak kat TikTok kalau korang nak tengok.

Julian Bass yang merupakan seorang pelajar dalam bidang teater di Georgia State University, mula berminat untuk menghasilkan video buatan sendiri sejak berumur 11 tahun sebelum tertarik untuk mencipta video stop motion menggunakan LEGO dan kini, dah semakin hebat menggunakan kesan visual dalam video-video yang dihasilkan.

KATALAKI: Ni lah yang orang selalu cakap, belum cuba belum tahu. Paling penting, jangan takut untuk mencuba.

Last modified: 6 July 2020