Tips Berguna Di Bazar Ramadan

Sembang

Tak meriah rasanya bulan Ramadan kalau tak pergi bazar Ramadan. Tapi ada gak yang sanggup tahan nafsu tak nak langsung turun ke bazar sebab tak nak membazir dan bersesak. Korang puak yang mana satu? Kaki turun bazar Ramadan ke kaki paw makanan member yang pergi beli kat bazar?

Kali ni kami nak kongsikan beberapa tips yang korang boleh cuba gunakan kalau korang nak pergi ke bazar Ramadan bulan puasa ni. Kalau tak nak pergi bazar tapi korang nak merasa makanan kat bazar tu, boleh gak korang gunakan tips ni.

Masalah Parking

Masalah ni bukan lagi masalah baru untuk rakyat Malaysia. Kalau bukan bazar Ramadan pun memang ada je masalah parking ni. Bayangkan la kat bazar Ramadan, lagi kronik masalah ni. Salah satu cara nak lari daripada masalah ni ialah korang boleh je naik Grab. Tak yah pening kepala nak drive dalam jammed, tak yah nak marah-marah cari parking, tahu-tahu je dah sampai depan bazar Ramadan.

Kalau korang nak gak naik kenderaan sendiri, guna motor pun salah satu cara untuk memudahkan korang parking kat area bazar Ramadan tu. Lesen dengan helmet kena ada bro. Kalau nak naik kereta, parking jauh sikit dari bazar Ramadan pun takpe rasanya. Kalau dah berpuluh-puluh kereta nak parking kat pintu masuk bazar Ramadan, baik korang je yang meniaga kat bazar tu.

Kirim Kat Member

Salah sorang member korang mesti ada yang pergi bazar. Kalau korang tak nak semak kepala bersesak kat bazar Ramadan, minta tolong member korang tapau kan. Bagi tahu siap-siap apa yang korang nak. Tapi nak kirim kat member tu, korang pun kena la beringat. Jangan sampai menyusahkan member korang tu. Elakkan kirim makanan yang memerlukan member korang beratur panjang. Bayangkan kalau korang yang kena beratur panjang sebab member yang kirim makanan. Baran ke tak baran.

RM 20 Dah Cukup

Kalau korang nak pergi beli barangan dapur kat supermarket, salah satu petua berguna yang selalu digunakan ialah jangan pergi shopping barang dapur masa korang tengah lapar. Habis satu supermarket tu korang bawa balik kang.

Image Via : butterkicap.com

Macam tu gak kalau pergi bazar Ramadan. Masa tengah berpuasa, semua makanan nampak menyelerakan, semua makanan kita nak beli. Sebab tu salah satu cara untuk korang hadkan pembelian kat bazar Ramadan, bawa duit RM 20 dah cukup dah. Boleh elakkan korang daripada membazir beli makanan banyak-banyak pastu tak habis, ke tong sampah perginya.

Pergi Awal

Peniaga kat bazar Ramadan biasanya mula beroperasi pada pukul 4.30 petang. Lebih elok dan bijak kalau korang pergi bazar Ramadan awal sebenarnya untuk elak bersesak kat bazar. Kalau korang pergi awal, makanan pun banyak lagi, orang pun tak ramai, parking pun bersepah. Kan banyak kelebihan tu. Tapi kalau pergi awal, korang jangan memandai-mandai berbuka awal lak.

Guna e-Wallet

Dunia dah semakin canggih ni kan. Bila lagi kita nak cuba teknologi cashless. Masa beli kat bazar Ramadan paling sesuai untuk korang gunakan e-Wallet. Dah bersepah dah kemudahan e-Wallet ni. Touch n Go ada, Boost ada, Grab Pay ada dan banyak lagi lah. Korang try guna sekali tengok macam mana pergi dia. Ada gak kelebihannya kalau guna e-Wallet ni. Tapi pastikan gerai yang korang beli tu ada aplikasi E-wallet tu jugak lah.

KATALAKI: Dah baca tips ni make sure korang cuba. Semoga membantu mengelakkan korang asyik baran je kat bazar Ramadan.

Last modified: 30 May 2019