Tips BroBro: Apa Nak Kena Pakai Masa Date

Life x Tips, Sembang

Sekali-sekala bro kena la gak borak pasal cinta memandangkan bulan Februari ni bulan cinta kan? Cuba try tekan ctrl+backspace serentak guna satu tangan sebagai tanda setuju. Terima kasih kerana mencuba.

Korang kalau setiap kali keluar dating dengan chinggey korang prepare dulu tak apa nak kena pakai? Ke main sental je mana boleh? Masa first date bukan main kacak, dah lama-lama dating pakai selipar tandas pun on je. Kita la tu. Lelaki. Sepp sikit. Tapi tak semua la. Dah, tak yah pening pening. Korang boleh scroll artikel ni ke bawah, dah tersedia apa yang korang nak kena pakai masa keluar dating, benda yang wajib dan simple.

Mandi

Kita tak yah borak pasal baju ke seluar ke, yang paling penting sebelum keluar mandi dulu brader. Rambut bagi shampoo satu kali, yang celah-celah bedah semua kalau boleh sental. Trim gak bulu yang ada kat muka korang tu. Misai ke, janggut ke, bulu hidung ke. Kang takde la tersentil je bulu hidung tengok chinggey tengah kunyah nasi.

Deodorant

Dah 2019 ni ada lagi ke yang tak pakai deodorant? Benda wajib lepas mandi terus calit. Kalau bertangguh-tangguh tu yang boleh buat lupa nak pakai. Mungkin ada lelaki yang tak perlu pun pakai deodorant sebab badan tak berbau. Tapi untuk lebih selamat pakai je. Kadang-kadang diri sendiri rasa tak berbau, tapi bila orang lalu kat belakang boleh pengsan wooo.

Rambut

Kemas dan rapi. Tak kisah rambut panjang ke pendek. Kalau perlu pakai pomade ke wax ke silakan. Kalau dah serabai sangat, pergi trim jap kat barber. Nota kaki, kalau nak chinggey main rambut korang, jangan pakai pape kat rambut.

Baju

Piilih yang selesa untuk dipakai. T-shirt pun takde masalah. Yang penting senonoh la T-shirt tu. Takde koyak sana koyak sini.

Seluar

Yang selesa untuk korang pakai gak la. Seluar pendek ke seluar panjang ke. Ikut kesesuaian tempat korang nak pergi dating tu. Jangan seluar warna biru, baju warna kuning sudah. Kalau pakai jeans, jangan pakai jeans yang dah 3, 4 bulan dah tak basuh. Kesian chinggey habis melekat kuman dari jeans korang.

Kasut

Berkasut kan lebih kemas dan selamat? Takde terpijak paku ke nanti. Kasut pun kena bersesuaian dengan baju dan seluar. Tanya la kat chinggey tu, kasut mana yang sesuai. Pilihan dorang selalunya memang betul.

Powerbank

Walaupun tengah dating, PUBG still on brader. Penting kena standby powerbank. Nak tangkapkan gambar chinggey lagi nanti. Banyak guna bateri.

KATALAKI: Semudah ABC bukan?

Last modified: 14 February 2019