Tips Mudah Bangun Sahur

Life x Tips, Sembang, ZAP, ZeKool

Bangun tidur je pagi tadi aku terus capai telefon aku tengok jam. Tengok masa awal lagi nak bangun dari katil. Lepas tu teringat hari ni hari khamis, bermaksud besok hari jumaat bersamaan dengan 1 Ramadan. Pejam celik sekejap je kita bakal menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. Dalam hati bersyukur masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini.

Cuma tahun ni kita akan berpuasa dalam suasana yang lain sikit. Kita ibarat berpuasa di dalam kurungan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan. Walaupun PKP, puasa tetap puasa dan semestinya persediaan pertama untuk kita memasuki bulan Ramadan adalah untuk biasakan diri bangun sahur. So aku akan kongsikan tips untuk mudah korang bangun sahur. Biasa lah waktu PKP ni dah terbiasa bangun lewat kan so awal puasa ni agak liat sikit lah nak bangun pagi.

1. TIDUR AWAL

Sudah semestinya benda pertama korang kena buat adalah adjust waktu tidur korang. Kalau asyik tidur lewat je sebab main Mobile Lagend lah, PUBG lah, memang lah susah nak bangun sahur. Bila sampai je waktu nak bangun sahur badan rasa penat nak bangun sebab tak cukup rehat. Jadi mulai malam ni korang kena biasakan diri tidur awal. Kalau dah terbiasa tidur lambat macam mana? Yang ni cuba penatkan diri waktu siang. Korang buat je senam aerobik dekat rumah sampai penat. Sure malam nanti korang akan terlelap awal.

2. KUNCI JAM

Smartphone korang kan canggih boleh pasang sepuluh alarm dekat situ. Jadi korang manfaatkan lah kemudahan yang ada tu. Set alarm korang sekurang-kurangnya sejam atau 45 minit sebelum waktu azan subuh. Sempat lah kan nak menggeliat kejap, nak cuci muka gosok gigi kejap, sediakan makanan dan makan. Lagi satu tips bila korang kunci jam tu jangan lah guna bunyi alarm macam berkelah tepi pantai. Pasang je bunyi alarm macam jam lonceng agar korang tersedar daripada tidur yang lena. Okay jangan lupa kunci jam bangun sahur nanti.

3. MINTA ORANG KEJUTKAN

Kalau korang jenis yang susah gila nak bangun sahur sampaikan alarm berbunyi pun korang buat tak dengar, boleh minta tolong orang lain kejutkan. Kalau tinggal dengan family mesti lah minta mak atau ayah atau adik beradik kejutkan, dan kalau tinggal dengan housemate minta diorang kejutkan. Nak lagi sweet minta lah awek korang call korang tolong kejutkan. Mana tahu dengar suara awek je terus segar. Korang tak payah nak sembunyi-sembunyi sebab benda ni ramai je buat. Bak kata orang till jannah.

4. JANGAN MAKAN BERAT SEBELUM TIDUR

Ini mungkin tips paling berguna sepanjang bulan Ramadan. Biasa lah bila dah buka puasa tu memang kita makan macam tak ada hari esok. Sebelum nak tidur pun sempat bantai lagi makan. Kalau boleh elakkan makan yang berat-berat sebelum tidur sebab ia akan buatkan kita berat mata dan malas nak bangun sahur. Jadi bila makan tu berpada-pada lah.

5. JAUHKAN DIRI DARI GADGET

Kita memang dah terbiasa dengan gadget dalam kehidupan seharian, sampai sebelum tidur pun masih scroll lagi media sosial dan update status. Ada kajian mengatakan kalau kita spend masa sebelum tidur kita dengan gadget, kita akan lambat nak tidur. Jadi lepas dah tutup lampu bilik tu terus je tidur.

6. SEDIAKAN MAKANAN AWAL

Yang ni tips dari aku sendiri sebab kadang-kadang bila bangun sahur tu memang terasa malas nak masak makanan untuk sahur. Sudahnya kita sahur minum air masak dengan sebiji kurma je. Jadi mungkin malam sebelum tidur tu boleh sediakan makanan untuk sahur dulu. Bila bangun waktu sahur tinggal panaskan je makanan tu. Kita pun tak kelam kabut nak prepare makanan lepas tu nak kejar waktu sebelum subuh lagi. So bila bangun sahur tu kita akan bangun dalam keadaan yang tenang.

KATALAKI: Besok dah nak puasa. Jangan lupa niat puasa guys..

Last modified: 27 May 2020