Tips Nak Elakkan Rasa Bosan Main Football Manager 2020

Game, Tech, ZeKool

Majoriti peminat bola sepak mesti lebih berminat untuk main permainan video FIFA atau PES. Tapi tak ramai yang betul-betul minat dengan permainan video simulasi Football Manager, betul? Ada yang kata game Football Manager terlalu bosan, tak boleh kawal pemain, takde grafik yang gempak atau takde muka pemain bola sepak yang real ditampilkan dalam Football Manager. Tapi korang kena ingat, ada gak pemain bola sepak ternama yang suka main Football Manager berbanding FIFA atau PES.

Selera setiap manusia tu berbeza, ada yang suka FIFA atau PES, tapi ada gak yang jenis layan FIFA dan Football Manager. Dua-dua dia sebat. Kalau korang merupakan peminat bola sepak yang tak pernah lagi cuba main game Football Manager atau dah pernah main tapi rasa bosan, ini antara tip penting yang korang kena tahu dan kena buat kalau nak elakkan rasa bosan bila main Football Manager.

PEMILIHAN PASUKAN

Kalau korang ada baca mengenai Football Manager sebelum ni, ramai yang akan nasihatkan korang untuk pilih pasukan yang tak terlalu ternama bila korang baru nak mula main Football Manager. Memang betul. Kalau korang pilih pasukan yang dah ternama contohnya Real Madrid, Barcelona, Man City, Man Utd atau Liverpool, kebarangkalian korang akan lebih cepat dipecat sekiranya tak capai sasaran yang ditetapkan oleh lembaga pengarah pasukan yang korang pilih tu.

Kalau korang pilih pasukan yang kurang ternama, korang akan diberi masa lebih lama untuk mencapai pencapaian yang ditetapkan. Nak lebih mencabar, korang boleh pilih pasukan yang berada di liga bawahan sama ada liga di England, Itali, Sepanyol dan sebagainya. Tapi kalau nak rasa seronok dan tak terlalu mencabar, pilih pasukan yang tak terlalu bawahan dan tak terlalu ternama pun dah okay contohnya Everton, Leicester City, Valencia, Sevilla dan sebagainya.

ASAH BAKAT PEMAIN MUDA

Ramai yang main Football Manager lebih fokus dengan pemain-pemain ternama yang popular masa kini. Bila start main Football Manager je terus beli pemain yang memang dah terkenal. Transfer budget korang akan cepat habis dan kalau pemain tu dibeli dengan harga yang mahal tapi tak beraksi dengan cemerlang, lagi buat korang rugi.

Sebagai permulaan, korang cari pemain muda yang dijangka akan jadi pemain ternama, usia dalam lingkungan 17 tahun sehingga 19 tahun. Korang boleh guna scout team yang disediakan untuk tentukan berbaloi atau tak kalau korang beli pemain muda tersebut.

Pemain muda ni yang takkan buat korang rasa bosan kalau main Football Manager sebab setiap musim prestasi pemain muda tersebut akan meningkat, bergantung kepada peluang yang korang bagi kepada pemain muda tersebut untuk beraksi dengan pasukan senior. Bila pemain muda tersebut dah mencecah umur 24 tahun contohnya, korang akan nampak skill yang semakin meningkat dan korang akan rasa bangga sebab korang beli pemain muda tersebut dari umur 18 tahun sehingga berjaya menjadi pemain utama. Kalau korang nak jual pemain muda tersebut suatu hari nanti, korang boleh gak dapat keuntungan.

TEMPOH PERMAINAN

Football Manager akan jadi bosan kalau korang main selama 4 jam atau 5 jam tanpa henti. Korang sepatutnya berhenti atau rehat kejap daripada main Football Manager bila korang dah mula rasa penat menghadap Football Manager kat PC atau laptop. Korang boleh sambung balik Football Manager bila-bila masa korang nak lepas tu sebab game Football Manager tu takkan habis. Bila korang main Football Manager kejap-kejap, lagi korang rasa excited setiap kali korang nak sambung main Football Manager.

JANGAN GUNA CHEAT

Dah masuk tahun 2020 wujud lagi ke cheat bila main game? Wujud. Kalau yang tak tahu atau buat-buat tak tahu, memang ada cheat kalau main Football Manager. Cheat yang paling senang adalah setiap kali sebelum perlawanan berlangsung, korang akan save game. Bila perlawanan tersebut korang kalah, korang akan load balik game yang korang save sebelum perlawanan bermula sampai la korang berjaya menang dalam perlawanan tu. Cheat ni dikenali sebagai load-save cheat. Memang boleh sangat la korang kekalkan rekod tanpa kalah kalau guna cheat ni. Tapi lama-kelamaan korang akan rasa bosan sebab senang sangat menang.

Jangan guna apa-apa cheat dalam Football Manager kalau korang tak nak rasa bosan. Cuba main Football Manager selama mana yang boleh tanpa guna load-save cheat. Kalau kena pecat sebab korang tak berjaya capai sasaran yang ditetapkan tu memang dah adat permainan bola sepak. Selalu korang #WengerOut, #EmeryOut tu berani je. Tapi bila dalam Football Manager takkan la korang takut kena pecat.

KATALAKI: Harga game Football Manager pun takde la harga bangsawan sangat kalau nak dibandingkan dengan FIFA atau PES.

Last modified: 9 January 2020