Tips & Trick Instagram Story Paling Senang Di Dunia

Sembang, Tech

Dah berapa lama dah korang pakai aplikasi Instagram? 3 tahun? Ke 5 tahun? Rasanya mungkin ada lagi beberapa tips & trick kat Instagram yang belum sempat lagi korang explore. Yang dah tahu tu bagus, boleh share dengan member korang. Kali ni kami nak kongsikan tentang tips & trick kat Instagram untuk mencantikkan lagi story kat Instagram korang tu. Kalau dah terrer nanti boleh tunjuk kat chinggey macam mana nak buat okehh.

Rainbow Text

Mungkin korang ada perasan apahal ada yang buat story kat Instagram siap berwarna-warni tulisan dorang. Relax brader. Jangan marah. Langkah pertama, korang buka story kat Instagram tu, pastu tulis la pape yang korang nak tulis.

Image Via : Thelaki

Pastu korang select all apa yang korang dah tulis tadi.

Image Via : Thelaki

Korang pilih warna yang korang nak guna kat bawah tu. Lepas tu, hold warna yang korang pilih tu sampai ruang pilihan warna tu jadi besar gedabak.

Image Via : Thelaki

Bila dah ready, korang tarik teks yang dah select all tadi dari kanan tarik ke kiri, dalam masa yang sama korang slide gak kat ruangan warna yang dah jadi besar gedabak tadi. Kan dah jadi rainbow tu.

Image Via : Thelaki

Collage

Tak yah guna apps pun. Sebenarnya korang boleh buat sendiri je collage kat story korang. Rajin atau tak rajin je. Jangan risau. Senang je caranya. Pertama sekali, korang pilih warna background yang nak digunakan untuk collage. Gambar contoh bawah ni kami pilih warna hitam, senang.

Image Via : Thelaki

Pastu pergi kat photo gallery, pilih gambar yang korang nak masukkan kat story tadi. Dah pilih, korang tekan kat copy bawah tu.

Image Via : Thelaki

Dah tekan copy, pergi balik kat story tadi, akan keluar macam gambar kat bawah ni.

Image Via : Thelaki

Korang boleh masukkan gambar sebanyak mana yang korang, susun la collage secantik mana yang korang boleh buat. Setiap gambar yang korang nak masukkan, kena buat step yang sama, pilih gambar pastu copy masuk kat dalam story. Siap!

Image Via : Thelaki

Magic Eraser

Trick kali ni mungkin memerlukan kreativiti korang sebelum korang post kat story. Tapi kalau korang nak cuba untuk main-main pun ok gak. Mula-mula korang pilih dulu gambar yang korang nak guna.

Image Via : Thelaki

Dah pilih gambar, korang tekan butang warna kat penjuru kanan. Lepas korang tekan akan jadi macam ni.

Image Via : Thelaki

Pilih warna yang korang nak, lepas tu hold kat gambar yang korang dah pilih. Kami pilih warna merah, akan jadi macam gambar bawah ni.

Image Via : Thelaki

Langkah seterusnya, korang pilih butang pemadam kat atas tu. Lepas tu korang main lah pemadam tu ikut kreativiti korang. Boom!

Image Via : Thelaki

KATALAKI: Amacam? Tips & trick kali ni membantu korang tak? Kalau yang nak guna apps untuk cantikkan story, boleh klik kat sini.

Last modified: 3 May 2019