TLS #48 – Berapa Jarak Umur Antara Biru Muda Dan Biru Tua?

Thelaki Show, Thelaki TV

Soalan yang menarik untuk video minggu ini. Tak pernah terfikir pula saya akan jawapannya. Kata-kata pembukaan untuk episod ini adalah “Kuih yang bekerjaya dipanggil kuih keria”. Yang faham, faham.

Dalam episod ini, Anwar bersembang tentang seorang pengguna Facebook yang menulis bahawa dia tak berpuas hati dengan isterinya yang tak dapat menguruskan seratus ringgit untuk membeli barang dapur selama seminggu. Anwar menghuraikan kenapa dia rasa nilai itu tidak masuk akal dan kenapa kita perlu jadi orang yang lebih baik daripada lelaki itu. Tonton video dibawah untuk ketahui lebih lanjut!

Selain itu, Anwar juga dengan kembang tekaknya cuba bersembang tentang video sepasang kembar lelaki perempuan yang keluar “berpacaran” dan kenapa Anwar sangat tidak selesa dengan video itu. Tonton video diatas untuk ketahui apa yang Anwar tak selesa sangat tu!

Like video diatas jika anda suka!

Share dengan kawan-kawan korang yang korang  sukai.

Subscribe ke channel Youtube Thelaki untuk video baru setiap minggu!

Last modified: 8 October 2019