TLS #56 – Kemana Hilangnya Troll lala Part 2

Thelaki Show, Watch

Kenapa kita pakai hell-met bila kita boleh pakai heaven-met?

Dalam episod Thelaki Show kali ini, Anwar bersembang tentang graduan Universiti Malaysia Sabah yang buat salute Hitler diatas pentas, dan cakap bahawa dia sedang berusaha untuk menunjukkan solidariti dengan penduduk-penduduk Gaza. Anwar membincangkan kenapa tindakan ini sebenarnya tidak baik dan tidak konsisten dengan mempertahankan orang yang tertindas. Tonton video dibawah!

Anwar juga bersembang tentang kesilapan yang berlaku pada Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia tempohari dimana mereka siarkan gambar bendera Malaysia yang salah. Sepatutnya bendera Malaysia ada 14 bucu, tapi mereka siarkan gambar bendera Malaysia berbucu lima. Anwar bersembang tentang bagaimana kesilapan ini suatu kesilapan yang sangat pelik untuk dilakukan. Tonton video diatas untuk ketahui hujah Anwar!

Like video diatas jika anda suka!

Share dengan kawan-kawan korang yang korang  sukai.

Subscribe ke channel Youtube Thelaki untuk video baru setiap minggu!

 

Last modified: 3 December 2019