TLS #64 – Haiqal Ensem

Thelaki Show, Watch

Bergaduh dengan air mineral ni susah. Dia nak dia je yang botol.

Dalam episod Thelaki Show kali ini, Anwar mengupas dua isu berkaitan maskuliniti. Pertama sekali tentang sebuah tweet yang dicicit oleh seorang pengguna yang mengatakan bahawa lelaki sejati hanya memakai jam tangan yang berjenama spesifik sahaja. Lelaki yang tidak tuleh sahaja yang memakai jam Fossil, katanya. Dengarkan ulasan Anwar tentang kata-kata orang tersebut di video dibawah!

Selain itu, Anwar juga memberi pendapatnya tentang iklan jersi terbaru yang dikeluarkan oleh pasukan bola sepak JDT. Ramai orang di internet memberi komen mereka tentang video tersebut, dan Anwar juga mahu memberitahu anda sama ada dia menyukainya atau tidak. Tonton video diatas untuk ketahui apa jawapannya!

Like video diatas jika anda suka!

Share dengan kawan-kawan korang yang korang  sukai.

Subscribe ke channel Youtube Thelaki untuk video baru setiap minggu!

 

Last modified: 10 February 2020