Todak Fest 2019 – Festival Esport Terbesar!

Sembang

Minggu ini pihak THELAKI telah dijemput untuk menghadiri majlis pra-pelancaran Todak Fest 2019 yang dianjurkan oleh Todak Gaming Community. Festival ini yang akan diadakan pada 26 dan 27 January tahun hadapan dikatakan akan menjadi festival esport terbesar.

Pihak Todak Gaming menjangkakan kehadiran lebih dari 10,000 pelawat yang terdiri daripada penonton festival dan jugak daripada peminat-peminat esport di Malaysia.

Festival ini dikatakan satu festival esport pertama seumpamanya yang diadakan di Malaysia kerana bukan sahaja menampilkan esport tetapi turut dibawa persembahan muzik secara langsung daripada band-band dan penyanyi terkenal di Malaysia. Turut disertakan didalam festival ini adalah sajian makanan daripada vendor-vendor yang dijemput khas untuk festival ini.

Ketika ditanya apa yang yang membezakan Todak Fest 2019 dengan eventevent esport yang semakin banyak di Malaysia sekarang, Naib presiden Todak Gaming Community memberitahu yang mereka tidak hanya mengfokuskan kepada esport itu sahaja. Di Todak Fest bukan hanya untuk orang muda dan peminat esport sahaja malahan satu keluarga boleh menghadiri Todak Fest 2019 ini.

Disebabkan itu, di Todak Fest 2019 bukan sahaja ada tournament esport tetapi ada juga persembahan muzik disatu pentas khas dan dikelilingi dengan vendorvendor makanan istimewa dibawah satu bumbung menjadikan Todak Fest 2019 ini festival hiburan yang unik dan terbesar bakal diadakan di Malaysia, Katanya lagi.

Selain kehadiran artis-artis terkenal, aku juga sempat bertanya sendiri kepada Presiden Todak Gaming Community adakah personality gaming yang mereka pernah berkerjasama sebelum ini seperti Han_10K ataupun Fluffy akan turut hadir semasa acara Todak Fest 2019 ini berlangsung.

Semasa Todak Fest 2019 ini berlangsung, satu kejohanan kompetitif jugak turut akan diadakan yang dinamakan Todak Cup Mobile Legends ChampionshipTournament ini sendiri turut mendapat sokongan direct daripada Moonton, Developer Mobile Legends: Bang Bang.

Hadiah prize pool sebanyak RM100,000 telah ditawarkan yang mana tempat pertama akan memenangi hadiah sebanyak RM50,000. Manakala untuk tempat kedua sebanyak RM26,000 dan tempat ketiga sebanyak RM12,000. Selain hadiah wang tunai, Diamond turut akan diberikan sebagai hadiah in-game kepada setiap ahli kumpulan.

Selain itu pemain-pemain yang memasuki tournament ini juga turut berpeluang untuk bermain di bawah Todak Gaming secara kontrak dimana pihak Todak menjanjikan pendedahan secara global menerusi tournament esport seluruh dunia termasuk aktiviti promosi yang diadakan oleh Todak Gaming Community.

Selain Mobile Legends, pengunjung jugak berpeluang untuk menyertai tournament FIFA 19 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Bagi yang belum mencuba permainan video berbentuk VR, korang jugak dapat mencuba demo simulator 3D kereta lumba yang turut dipamerkan sepanjang Todak Fest 2019.

Macam yang aku cakap tadi, sepanjang Todak Fest 2019, pengunjung turut disajikan dengan persembahan secara langsung daripada band dan artis popular seperti Hujan, Kugiran Masdo, Shiha Zikir dan ramai lagi.

Festival ini yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini jugak mengatakan 500 pengunjung pertama sepanjang festival ini berlangsung akan mendapat topi snapback secara percuma dari Todak Gaming Community so make sure korang datang awal ye!

Todak Fest 2019 ini akan berlangsung pada 26 & 27 January 2019 di Hall 1, Mid Valley Exhibition Center (MVEC) dari jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Kemasukan adalah percuma so pastikan korang bawak satu family datang Todak Fest 2019 ni!

Untuk info lanjut korang boleh melayari Facebook rasmi Todak dan bagi mereka yang mendaftar untuk Todak Cup Mobile Legends Championship, korang boleh mendaftar di SINI. 

KATALAKI: Jangan lupa ajak family korang datang nanti ye!

Last modified: 4 January 2019