Todak Langgar MPL!

Game, Tech

Untuk article terakhir untuk siri MPL MY/SG Season 4 kali ini, aku nak share dengan korang siapa dia team Todak MLBB. Kalau korang nak tahu, Todak MLBB juga merupakan team baru yang berjaya memasuki MPL MY/SG Season 4 tahun ini dan boleh dikatakan performance dorang agak memberangsangkan!

Todak ini bermula dengan satu jenama yang mengeluarkan barang-barang gaming seperti gaming chair namun founder Todak merasakan sudah tiba masanya untuk dorang bersama-sama meriahkan scene Esports di Malaysia dengan memperkenalkan team Esports mereka sendiri.

Secara keseluruhannya, Todak MLBB mempunyai dua orang team manager dan tujuh orang pemain. Dua orang team manager tersebut adalah Mohd Syazlan (Ashi) dan Nik Hafif Aiman (Man) sebagai Assistant Manager. Tujuh orang pemain untuk Todak MLBB pula adalah Muhammad Rifhan (Hangus) sebagai Team Captain, Danial Fuad (Ciku), Zikry Shamsuddin (Moon), Muhd Rizwan Abdullah (Eone), Mohd Aiman Idris (Xray), Shahril Anuar (Nenas) dan Muhd Qayum Faez (Lychee).

Ketika ditanya adakah Todak MLBB cuma akan fokus pada permainan video Mobile Legends: Bang Bang sahaja, mereka memberitahu yang mereka juga dalam perancangan untuk menubuhkan lebih banyak team dan gaming house lain yang akan fokus kepada permainan video lain seperti CS:GO, PUBG dan Dota 2. Mereka turut memberitahu yang mereka dalam pencarian Manager dan Assistant Manager untuk teamteam yang dorang bakal tubuhkan nanti.

Kalau korang tengok performance dorang dekat MPL MY/SG Season 4, boleh nampak betapa kemasnya dorang punya gameplay. Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan semenjak February 2019, pasukan ini telah memasuki lebih daripada 10 tournament dan 3 tournament terbesar seperti Mobile Legends Geek Championship (MGC), Supacomic Allstar dan Axis MLBB League.

Untuk Mobile Legends Geek Championship dan Supacomic Allstar, Todak MLBB berjaya merangkul gelaran juara manakala untuk Axis MLBB League pula mereka berjaya mendapat tempat kedua. Setakat minggu ini, Todak MLBB sekarang berada di tempat ketiga dibelakang Axis MLBB yang mana juga merupakan pasukan terbaru memasuki MPL MY/SG Season 4.

Untuk memastikan mereka memberikan permainan yang menarik dan terbaik, pemain-pemain Todak MLBB telah dibekalkan dengan segala peralatan latihan yang cukup disamping itu mereka turut dibawa ke gym setiap minggu untuk memastikan keadaan fizikal dan mental mereka dijaga dengan rapi.

Ketika ditanya tentang Mobile Legends world Cup M1 yang bakal berlansung selepas MPL MY/SG Season 4 nanti, pasukan Todak MLBB menyatakan mereka berasa berbesar hati jika mereka terpilih untuk bertanding di kejohanan tersebut. Ia sememangnya menjadi objektif utama mereka untuk menjadi pasukan terbaik antara yang terbaik!

Akhir kata daripada pasukan Todak MLBB, mereka sangat terharu dengan sokongan peminat-peminat. Todak sememangnya serius dan mempunyai matlamat yang sangat jauh dalam industri gaming. Kepada peminat-peminat Todak MLBB, jangan berhenti menyokong mereka sehingga bila-bila!

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu MPL My/SG Season 4 Grand Final!

Last modified: 23 September 2019