Toko Kilat x Noh Salleh Serang 3 Negeri!

Sembang

Selepas bertapak di dalam scene music selama dua tahun, kumpulan bergenre rock Toko Kilat muncul dengan Pemacu Api Tour 2019. Disokong oleh DISQOVR & The Gasket Alley sebagai penganjur yang akan bersama-sama membawa Toko Kilat serta Noh Salleh bertemu peminat dalam satu rangka jelajah.

Setelah muncul dengan album studio dan melakukan persembahan di gig-gig tempatan, Toko Kilat tampil dengan sebuah album perdana dengan single “Ratu Malam”. Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang ini akan turut disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal, Noh Salleh yang akan memulakan jelajah pada 17 Ogos 2019.

“Kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan “most anticipated album tour of the year” yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh daripada Toko Kilat” kata Edwin selaku vokalis Toko Kilat.

Toko Kilat merupakan gabungan pemuzik daripada pelbagai jenis kumpulan, dedikasi setiap anggota pemuzik yang memberikan mereka semangat untuk tubuhkan kumpulan ini. Album self-titled ini juga di masteredkan di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat. “Bila kami bersatu, ianya ibarat satu semangat ‘kilat’ buat kami. Disitu tercetusnya nama buat kumpulan kami sebagai Toko Kilat” ujar Edwin.

Image via: Thelaki.com.my

Selain bertemu dengan para peminat di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2019, Johor Bahru 24 Ogos 2019 dan Kuala Lumpur 14 September 2019. Toko Kilat juga turut membawa sekali Noh Salleh yang akan bersama pada rangka jelajah Pemacu Api Tour 2019. Yang menariknya, penyanyi yang sedang mempromosikan lagu terbaharu “Debu Bercahaya” ini akan juga tampil dengan sesi akustik khas yang digarap di dalam siri jelajah ini.

“Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat untuk turut sama-sama merasai pengalaman menyaksikan persembahan Toko Kilat” kata Irfan atau Cipan selaku pemain drum Toko Kilat.

Image via: Thelaki.com.my

Toko Kilat yang dibarisi lima pemuzik handalan Edwin Raj selaku vokalis, Irfan Iskandar selaku pemain drum, Mohamed Redzuan dibahagian bass Noor Azhari selaku pemain gitar dan Syaiful Taufek sebagai pemain keyboard akan menemui peminat di tiga buah negara bermula di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur bermula 17 Ogos ini.

KATALAKI: Sure riot kalau fans Toko Kilat & Noh Salleh bersatu. Paduuuuu

Last modified: 24 July 2019