Tonton Konsert Dari Rumah Korang Sepanjang PKP

Sembang, ZAP

Beberapa minggu lepas kalau siapa perasan artis antarabangsa ada melancarkan kempen konsert dari rumah dengan hashtag #togetherathome. Antara artis yang join buat konsert dari rumah ni adalah John Legend, Chris Martin, One Republic, Charlie Puth dan ramai lagi. Rata-rata menganjurkan konsert dari rumah mereka secara live melalui aplikasi Instagram.

Mereka meluangkan masa bersama peminat secara online bagi menghiburkan peminat mereka yang kebanyakkannya berada di rumah. Selain itu, banyak juga nasihat-nasihat yang diberikan kepada mereka yang menonton konsert mereka, antaranya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga duduk di rumah untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Hasil daripada sambutan peminat-peminat muzik melalui kempen ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama sebuah badan advokasi antarabangsa, Global Citizen telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan konsert secara virtual pada 18 April ini bermula jam 8 malam. Ia adalah salah satu usaha mereka untuk memberi sokongan dan meraikan pekerja bahagian kesihatan yang bertungkus lumus menentang pandemic COVID-19.

Konsert tersebut akan disiarkan secara langsung di kaca TV serta perkhidmatan penstriman lain seperti Facebook, Instagram, Tencent, Twitch, Twitter, danYouTube. Tapi dekat TV Malaysia tak ada lah. Mungkin kalau korang nak tengok boleh tengok dekat media sosial.

Tapi kalau korang nak tengok artis Malaysia buat konsert secara virtual pun ada juga. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) baru je melancarkan konsert secara digital yang menghimpunkan artis popular tempatan untuk hiburan korang. Dengan menggunakan tanda pagar #MuzikDiRumah, lebih 300 artis dan 136 persembahan dalam program virtual tu yang korang boleh tonton di www.muzik.my​ nanti.

Initiatif ini adalah untuk menambahkan lagi kandungan digital yang boleh dinikmati oleh kita semua sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Antara artis yang bakal membuat persembahan adalah Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat, Hujan, Meet Uncle Hussain, Hazama, dan Stacy serta barisan pemuzik yang lain.

Dikatakan objektif konsert secara digital ini adalah untuk menggalakkan kita semua duduk rumah. Jadi kalau lepas dah ada hiburan tambahan ni korang masih degil tak nak duduk rumah, tak tahu lah nak cakap macam mana lagi. Tapi sebelum adanya initiatif ni, artis lagenda tanah air kita ada juga buat konsert di rumah melalui Instagram beliau tempoh hari. Belum sempat artis lain nak belanja lagu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dengan panggilan Tokti dah buat dulu dah. Merdu betul suara Tokti!

KATALAKI: Korang rasa siapa punya konsert dari rumah paling best?

Last modified: 10 April 2020