Top 5 Game Paling Lama Di PlayStation 4

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Memandangkan ramai yang tengah hype pasal kemunculan PlayStation 5 (PS5) yang dah sedikit atau sebanyak menonjolkan rupa bentuknya. Confirm-confirm lah ramai yang memang dah tak sabar untuk dapatkan konsol PS5 ini bila ianya dikeluarkan pada sekitar hujung tahun 2020.

Tapi kita tentunya tertanya-tanya juga, korang dah puas ke main konsol PlayStation 4 (PS4) korang tu? Dah bersedia nak let go dan simpan duit yang secukupnya untuk angkat konsol netx-gen terbaharu tu?

Kalau korang belum puas lagi. Kalini kami kompilasikan untuk korang, game-game di PS4 yang mempunyai durasi playing time yang sangat panjang. Kesemua game-game yang kami senaraikan dibawah ini adalah game single-player, kesemuanya adalah story based games. Dan paling utama sekali adalah kesemua game yang ada didalam artikel ini adalah high rated games.

Jadi buat mereka yang baru sahaja memiliki konsol PS4 dan ingin memainkan game yang mempunyai durasi playing time yang lama dan panjang, kami cadangkan boleh try usha game-game dibawah ni okay.

FALLOUT 4

Untuk mereka yang pernah memainkan siri game Fallout yang terdahulu, mungkin tidak ada masalah untuk memahami gameplay untuk Fallout 4 ini. Tapi buat mereka yang baru first time nak try game daripada francais Fallout ni dan terus lompat ke Fallout 4 mungkin perlukan banyak masa yang ada untuk memahami jalan cerita dan juga watak-watak didalam game ni. Apa yang kami boleh nasihatkan korang jangan skip storymode dia lah.

Fallout 4 ni adalah game dengan konsep open world yang mempunyai dynamic, luas dan sentiasa connected. Cerita utama game ini atau pun main mission Fallout 4 ni je pun dah makan masa selama 20 sehingga 30 jam kalau korang betul-betul fokus. Tapi kebanyakkan player akan banyak habiskan masa memainkan side-mission yang ada dalam open world Fallout 4 ni.

Dengan lebih beratus-ratus lokasi dalam map yang pemain boleh explore. Senang cerita, Fallout 4 ni kalau korang dah habis main pun, lepas tu main balik still akan discover benda-benda baru yang korang tak pernah jumpa atau tahu. Dalam purata durasi Fallout 4 ini akan memakan masa selama lebih 200 jam untuk habiskan game ni secara keseluruhan.

THE ELDER SCROLLS V: SKYRIM

Ini adalah game yang pernah viral dengan quote “I took an arrow in the knee” yang sering diungkapkan oleh NPC didalam game ni. Ini juga adalah salah satu game francais daripada developer yang sama dengan Fallout 4, Bethesda Game Studios yang amat terkenal dengan game-game yang berkonsepkan open world RPG.  

Didalam Skyrim ini, terdapat main quest, side quest, dan faction quest. Kiranya dunia didalam Skyrim ini sangat besar dan luas, termasuk juga tempat-tempat tersorok seperti gua dan kawasa runtuh yang pemain boleh explore.

Secara ringkas, para pemain akan memainkan watak utama, The Dragonborn dalam misi untuk mengalahkan Alduin the World-Eater yang merupakan seekor naga besar yang diramalkan akan menhancurkan dunia. Kalau campur main story + misi tambahan dan segala macam extra game ini, ia akan memerlukan sebanyak lebih 200 jam untuk dihabiskan.

THE WITCHER 3: WILD HUNT

Siapa yang ada konsol PS4, memang rugi kalau tak try main game The Witcher 3 ni, salah satu sebabnya adalah ianya adalah game yang paling banyak menerima anugerah pada tahun 2015.

Ramai para pemain PS4 akan katakan yang ini adalah game RPG terbaik dan ianya juga terdiri daripada game RPG yang paling panjang. Storytelling untuk The Witcher 3 ini sangat-sangat best dan perjalanan didalam game ini akan membuatkan korang sentiasa busy dan ada benda nak yang dilakukan dalam peta dunia The Witcher 3 ini. Boleh dikatakan, gameplay mission The Witcher 3 ini memang dilakukan dengan teliti dan boleh kalahkan game-game yang lain.

Kalau korang tak familiar dengan jalan cerita The Witcher. Basically pemain akan memainkan watak Geralt of Rivia, seorang monster slayer yang dikenali daripada keturunan Witcher. Didalam The Witcher 3 ini kita dapat saksikan misi Geralt dalam mencari anak angkatnya yang hilang apabila cuba melarikan diri daripada Wraiths of Mörhogg atau The Wild Hunt. Jumlah keseluruhan untuk habiskan The Witcher 3 ini adalah sebanyak 173 jam.

MONSTER HUNTER WORLD: ICEBORNE

Kalau korang sejenis yang nakkan sebuah game yang korang boleh main dengan kadar masa yang lama dan berpanjangan. Maka ini adalah salah satu game yang kami recommend. Kalau korang terlalu fokus dengan misi dalam Monster Hunter ni, memang sedar-sedar dah sampai berjam-jam dah korang main.

Game yang diterbitkan oleh syarikat pengeluar game terkenal, Capcom ini tidak mengunakan konsep open-world seperti game-game yang tersenarai dalam artikel ini, story untuk Monster Hunter World: Iceborne ini juga boleh tahan panjangnya namun ianya bukanlah sebab utama durasi gameplay Monster Hunter World ni panjang tetapi cara korang berlawan dan membunuh kesemua monster-monster didalam game ini yang akan buatkan pemain terleka, ini juga salah satu sebab kenapa ramai yang suka dengan Monster Hunter World: Iceborne ni. Secara total, para pemain perlukan lebih daripada 180 jam untuk habiskan keseluruhan game ni.

THE ELDER SCROLLS ONLINE: TAMRIEL UNLIMITED

Dah nama pun online jadi mesti ramai yang ingat tu pasal game ni memakan masa yang banyak. Tapi tidak ya, sebab dalam open world didalam The Elder Scrolls ini juga memang banyak lah story yang para pemain boleh cuba.

Setiap misi utama main quest boleh dimainkan secara solo player dan ianya memerlukan banyak masa yang ada untuk pemain habiskan keseluruhan misi. Disebabkan ianya membabitkan dunia online, maka lokasi-lokasi didalam map The Elder Scrolls ini sangat luas untuk pemain explore, tak lupa juga dengan pelbagai expansion serta downloadable content (DLC).

Ramai yang katakan walaupun dah berbulan-bulan habiskan masa dalam main quest, pemain masih lagi ada beberapa lagi quest untuk dicompletekan di lokasi-lokasi yang baru dalam map The Elder Scrolls Online. Kalau korang main secara solo, maka waktu yang diperlukan untuk habiskan game ini adalah sebanyak lebih 200 jam. Kalau CO-OP pulak, akan memakan masa selama 279 jam, bergantung kepada cara para pemain juga.

KATALAKI: So boleh la korang henjut dulu game-game kat atas ni sambil tunggu PS5 release huhuhuhu…

Last modified: 22 June 2020