Top 5 Karakter Dragon Ball Paling Kuat

Sembang, ZAP, ZeKool

Sebuah rancangan anime yang telah lama bersiaran di kaca televisyen Malaysia dan pernah menjadi anime wajib tonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja (dan dewasa juga) suatu ketika dahulu. Anime Dragon Ball adalah anime yang banyak memaparkan karakter-karakter dengan kuasa luar biasa seperti karakter Goku, Gohan, Vegeta, Cell dan banyak lagi. Tapi kalau aku tanya siapa paling kuat mesti ramai yang cakap Goku atau Vegeta. Mungkin tekaan korang salah. So aku akan cuba senaraikan karakter-karakter paling kuat dalam Dragon Ball berdasarkan special moves diorang, tapi terpaksa ketepikan karakter yang level dewa seperti Beerus untuk berlaku adil.

5. PICCOLO

Piccolo mempunyai beberapa special moves yang dikatakan sangat berbahaya, dan juga hanya boleh digunakan oleh Piccolo sahaja. Gerakan khas yang paling sinonim dengannya adalah ‘Special Beam Cannon’ yang mana ia mampu memusnahkan apa sahaja. Antara special moves lain yang sangat bahaya adalah seperti Hellsone Grenade, Masenko, Light Grenade dan juga Explosive Demon Wave. Dengan special moves yang banyak ni, memang tak ramai musuh yang berani untuk berhadapan dengannya.

4. FRIEZA

Frieza antara musuh tradisi ‘Z-Fighters‘ yang dikatakan banyak menyusahkan musuhnya dengan special moves yang pelbagai. Antara teknik yang terkenal digunakan Frieza adalah Death Beam, tapi itu tak cukup kuat. Frieza pernah menggunakan teknik Supernova untuk menghancurkan Planet Vegeta, serta kuasa Death Ball untuk melenyapkan Planet Namek dan juga beberapa planet lain. Itu pun dikira tak cukup kuat lagi. Satu gerakan khas Frieza dapat dilihat sekali sahaja dalam siri Dragon Ball, iaitu semasa dia mengunci Goku di dalam bebola tenaga semasa bertarung di Planet Namek. Selepas membelasah Goku, Frieza mencampak Goku dengan bebola tenaga tadi dan meletup lah Goku bersama bola tenaga itu.

3. VEGETA

Mungkin ada yang dah dapat agak Vegeta akan dimasukkan dalam senarai ni. Vegeta merupakan seorang pahlawan Saiyan yang hebat disebabkan kualiti teknik yang dipamerkannya. Tidak seperti Goku yang banyak mengfokuskan kepada kuantiti, tetapi bagi Vegeta kualiti lebih penting. Semasa kali pertama Vegeta bertarung dengan Goku, dia hampir memusnahkan bumi dengan teknik Galik Gun. Nasib baik Goku kuat sikit daripada Vegeta. Teknik-teknik Vegeta juga dikatakan sangat lincah dan selalunya berakhir dengan kemusnahan yang dahsyat. Teknik terakhir Vegeta yang paling kuat dikatakan telah memusnahkan dirinya, tetapi dalam masa yang sama melenyapkan juga musuhnya dari peta dunia iaitu Buu dan juga Toppo yang dikenali sebagai ‘Dewa Kemusnahan.’

2. GOKU

Agak pelik juga lah kenapa Goku berada di tempat kedua sebab dia ni kira yang paling kuat dalam siri Dragon Ball. Teknik yang biasa digunakan Goku pun sangat dikenali sehinggakan orang yang tak tengok anime pun tahu teknik tu, iaitu teknik Kamehameha. Teknik ini dikatakan sangat fleksibel kepada Goku dimana dia boleh menggunakan teknik ini dari pelbagai posisi termasuk lah menggunakan kakinya. Selain itu dia juga mampu untuk membengkokkan gelombang Kamehameha. Seterusnya ada juga teknik Kamehameha dalam versi Kaio-Ken, Super, God dan juga Ultra-Instinct. Kalau dalam manga (komik anime), Goku dilihat berjaya belajar teknik Hakai, iaitu teknik yang sangat bahaya yang digunakan oleh Dewa Kemusnahan untuk melenyapkan seluruh kehidupan. Tapi apa yang buatkan Goku sangat kuat adalah kuasa-kuasanya serta kebolehannya yang overpowered

1. MAJIN BUU

Karakter yang paling kuat dalam siri Dragon Ball adalah Majin Buu. Mungkin bagi peminat siri Dragon Ball akan bersetuju dengan senarai ni. Teknik-teknik Majin Buu dikatakan bukan sahaja sangat kuat, tetapi sangat tidak adil untuk digunakan semasa bertarung. Majin Buu mampu untuk menggunakan tubuh badannya sebagai senjata, memisahkan bahagian-bahagian tubuhnya untuk membunuh musuhnya. Kebolehan telekenesis Majin Buu juga dikatakan sangat advance dimana dia mampu mengampungkan sebuah bandar dengan menggunakan mindanya (rajin makan kismis minda ni). Kebolehan paling dahsyat Majin Buu? Dia mampu untuk menyedut tenaga, kuasa dan juga knowledge pihak musuh dan menggunakannya untuk memusnahkan lawannya. Tapi antara teknik Majin Buu paling menarik dan unik adalah Chocolate Beam, iaitu menukarkan lawannya menjadi cokelat atau biskut dan memakannya. Kebolehan Majin Buu Memang tak adil, tapi itu lah kuasanya yang menjadikan dia karakter paling kuat dalam Dragon Ball.

KATALAKI: Dulu selalu terlepas nak tengok Dragon Ball sebab kena pergi koko dekat sekolah hari sabtu…

Last modified: 30 July 2020