Top 5 Keluarga Paling Kaya Di Dunia

Sembang

Tak kiralah kalau korang orang kaya mahupun rakyat marhaen, mesti korang nak tahu siapa dia orang paling kaya di duniakan? Selalu kita tengok article ataupun video tentang individu paling kaya di dunia tapi jarang kita nampak keluarga paling kaya di dunia, mesti lagi banyak harta dorang betul tak?

Kalau individu, kita tahu memang dia berkerja keras daripada muda untuk dapatkan title orang paling kaya tapi untuk keluarga paling kaya ini, biasanya memang kekayaan dorang dah diwarisi daripada keluarga-keluarga dorang terdahulu. Senang cerita memang dorang lahir-lahir dah kayalah. Jom kita tengok lima keluarga paling kaya di dunia dan berapa banyak kekayaan dorang.

WERTHEIMER FAMILY

Awek-awek korang mesti suka pakai barang-barang jenama Chanel or korang mesti pernah belikan barang Chanel untuk makwe korang betul tak? Well koranglah antara penyumbang kepada kekayaan Wertheimer Family yang mana merupakan pewaris barangan jenama Chanel.

Jenama yang dihasilkan oleh Gabrielle Coco Chanel kini dimiliki oleh Brothers Alan dan Gerhard Wertheimer dan dijangkakan mempunyai net worth sebanyak USD42 Billion! French high fashion house ini terkenal dengan “Lilttle Black Dress”, No.5 Perfume dan highprofile designer Karl Lagerfeld yang mana telah meninggal pada 19 February 2019.

KAMPRAD FAMILY

Mendiang pengasas IKEA, Ingvar Kamprad dilahirkan di dalam keluarga daif dan telah meninggal pada tahun 2018. IKEA pertama yang dibuka olehnya adalah pada tahun 1950 dan kini terus berkembang diserata dunia. Dekat Malaysia saja tak silap aku ada empat iaitu di Cheras, Damansara, Batu kawan dan Tebrau.

Kekayaan Kamprad Family dijangka sebanyak USD48.9 Billion. Dia telah meninggal pada 27 January 2018 dan dia telah mewarisi kekayaan dia kepada tiga orang anak lelakinya dan seorang anak angkat perempuannya. Korang rasa perabut dekat rumah dia semua pakai barang IKEA tak?

DUMAS FAMILY

Satu lagi keluarga kaya yang mendapat kekayaan dorang daripada fashion. Thierry Hermes merupakan orang yang bertanggungjawab dalam mencipta barangan jenama Hermes. Dahulunya barangan jenama Hermes cuma dipakai oleh orang-orang kelas atasan seperti raja dan orang-orang besar negara.

Hermes pernah bekerjasama dengan Apple yang mana mereka mengeluarkan Apple Watch X Hermes dengan harga antara USD1,300 sehingga USD2,000 untuk seutas jam tangan. Dumas Family dijangka mempunyai kekayaan sebanyak USD49.2 Billion. Sekarang ini Axel Dumas merupakan CEO untuk syarikat ini manakala abangnya PierreAlexis Dumas merupakan artistic director untuk syarikat ini.

KOCH BROTHERS

Charles David Koch ini mewarisi kekayaan dorang daripada ayah dorang yang menubuhkan syarikat minyak terkenal. Namun sekarang mereka lebih dikenali disebabkan scandal mereka melobi ahli-ahli politik, memberikan sponsorship kepada professorship dan sebagainya.

Kedua-dua adik beradik ini dijangka mempunyai kekayaan sebanyak USD60 Billion seorang dan ini membuatkan total kekayaan keluarga dorang sebanyak USD120 Billion. Mereka berdua juga berkongsi tempat ke-sebelas dalam senarai orang paling kaya di majalah Forbes.

WALTON FAMILY

Walton Family ini merupakan keluarga paling kaya di America dan boleh dikatakan antara paling kaya di dunia, sebab itu aku letak keluarga dorang last sekali. Kalau korang nak tahu, Walton Family inilah owner kepada rangkain kedai retail terbesar di Amerika Syarikat iaitu Walmart.

Walmart diasaskan oleh Sam Walton pada tahun 1962 di Arkansas. Pada tahun 2019 sahaja, keuntungan syarikat dorang telah mencecah USD514.4 Billion! Dua orang pewaris Walton Family iaitu Jim Walton dan Alice Walton mempunyai net worth sebanyak USD46.4 Billion seorang dan dorang merangkul tempat ke 16 dan 17 dalam senarai Forbes annual list of Billionaires!

KATALAKI: Kalau aku dapat 0.01% peratus daripada kekayaan dorang pun dah cukup. Boleh aku beli video games banyak-banyak hahaha!

Last modified: 3 June 2019