Top 5 Live Action Anime / Manga Terbaik!

Sembang

Korang tahu tak yang ada anime yang korang tengok dulu ada live action movie dorang sendiri? Hari ni kitorang nak share-kan 5 live action anime terbaik pilihan THELAKI.

Korang jangan risau sebab kitorang cuma akan masuk live action yang dilakonkan oleh orang jepun sahaja. Yang hollywood version macam Dragon Ball Evolution dan Death Note Netflix kitorang tak masukkan.

RUROUNI KENSHIN

Rurouni Kenshin ataupun lebih dikenali dengan nama Samurai X dikalangan peminat merupakan action-adventure filem yang base daripada manga yang yang mempunyai nama yang sama.

Movie ni berlaku 10 tahun selepas peperangan Battle of Toba-Fushimi yang berlaku diantara Pro-Imperial dan Tokugawa Shogunate. Himura Kenshin yang sebelum ini dikenali sebagai Hitokiri Battosai telah datang ke Tokyo.

Rurouni Kenshin ditayangkan pada tahun 2012 yang dibintangi oleh Takeru Satoh sebagai Himura Kenshin dan Emi Takei sebagai Kauro Kamiya. Manga Rurouni Kenshin telah ditulis oleh Nobuhiro Watsuki.

SHINJUKU SWAN

Shinjuku Swan merupakan sebuah filem comedy yang berpandukan manga yang ditulis oleh Ken Wakui. Movie ni ditayangkan pada tahun 2015 dan mempunyai sequel bertajuk Shinjuku Swan 2.

Filem ini berkisahkan tentang Tatsuhiko Shiratori, seorang penganggur yang akhirnya dapat berkerja sebagai recruiter untuk mencari gadis-gadis cantik dan offer dorang berkerja di Burst scouting agency.

Shinjuku Swan dibintangi oleh Go Ayano dan juga Takayuki Yamada yang pernah berlakon dalam Crow Zero sebagai Tamao Serizawa.

JOJO’S BIZARRE ADVENTURE

Jojo’s Bizarre Adventure merupakan manga yang ditulis Hirohiko Araki. Manga ini telah diadaptasi kepada live action movie yang bernama JoJo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable Chapter 1 yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Movie ini mengisahkan Josuke Higashikata, seorang remaja yang mempunyai kuasa aneh. Morioh, pekan tempat Josuke tinggal telah diserang oleh pembunuh misteri.

JoJo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable Chapter 1 ini adalah live action movie kerjasama antara Toho dan Warner Bros.

BLADE OF THE IMMORTAL

Blade of the Immortal mengisahkan tentang seorang samurai bernama Manji yang tak boleh mati. Manji telah berjumpa dengan seorang gadis Rin Asano yang meminta dia menjadi pengawal peribadinya dan membantu dia membalas dendam atas kematian ayah dan ibunya.

Manga Blade of the Immortal ini ditulis oleh Hiroaki Samura dan dibintangi oleh pelakon dan juga bekas ahli kumpulan boy band jepun SMAP.

Filem ini dikeluarkan oleh Warner Bros. Picture pada tahun 2017.

ATTACK ON TITAN

 Attack on Titan adalah sebuah movie yang dihasilkan Toho pada tahun 2015. Ianya berdasakan manga yang ditulis oleh Hajime Isayama.

Movie ini berkisahkan tentang Eren Yeager yang join kumpulan tentera selepas bandar tempat tinggalnya diserang makhluk gergasi yang dipanggil sebagai Titans.

Semasa sedang dalam misi, Eren telah mengorbankan dirinya semasa cuba membantu kawannya daripada dimakan oleh Titan. Rupanya Eren turut menyimpan satu rahsia besar dan mungkin satu-satu peluang untuk menghapuskan Titans.

KATALAKI: Amacam? antara 5 movie kitorang share ni, yang mana yang korang dah tengok? cuba share movie live action anime pilihan korang pulak.

Last modified: 9 January 2019