Top 5 Musuh Ketat Godzilla Sepanjang Zaman!

Sembang

Semalam Godzilla: King Of The Monsters telah pun mula ditayangkan secara umum di semua pawagam di Malaysia. Bagi yang tak tengok lagi, jangan risau sebab aku pun tak tengok lagi sebab aku mungkin akan pergi tengok masa raya nanti.

via GIPHY

Kalau korang tengok trailer-trailer Godzilla: King Of The Monsters sebelum ini, korang akan nampak beberapa raksasa atau Titan yang lain akan muncul dalam filem ini dan ada diantaranya merupakan musuh ketat Godzilla daripada dulu lagi. Jadi aku ingat sebelum korang pergi tengok Godzilla: King Of The Monsters nanti, apa kata korang baca artikel aku tentang top 5 musuh ketat Godzilla sepanjang zaman!

M.U.T.O

Kita start dengan monster yang muncul pada movie Godzilla yang dikeluarkan pada tahun 2014. M.U.T.O atau nama penuhnya Massive Unidentified Terrestrial Organism. Raksasa ini bukanlah monster atau Titan asal yang pernah kita lihat pada moviemovie Godzilla sebelum ini.

M.U.T.O merupakan monsters yang dicipta khas untuk movie Godzilla 2014 dan walaupun scene dorang berlawan dengan Godzilla tak banyak pada movie ini, tapi scene pergaduhan terakhir dorang dan dorang berjaya buat kita fikir yang Godzilla mati masa lawan dengan dorang membuatkan aku rasa dorang patut ada dalam senarai ini.

KING GHIDORAH

King Ghidorah ini boleh dikatakan musuh paling ketat untuk Godzilla sebab antara moviemovie Godzilla yang pernah dikeluarkan, King Ghidorah paling banyak muncul dalam movie ini berlawan dengan Godzilla. King Ghidorah juga mempunyai banyak nama-nama sepanjang dia muncul dalam Godzilla movie.

Antaranya adalah Ghidorah the Three Headed Monster, Monster Zero, Monster X, The Astro-Monster dan the One Who Is Many. Kalau korang nak tahu, nama King Ghidorah diadaptasi daripada perkataan Hydra iaitu salah satu raksasa zaman Greek yang juga mempunyai kepala yang banyak iaitu sebanyak lapan kepala.

MECHAGODZILLA

Kalau korang rasa Godzilla itu dah cukup gempak, bayangkan Godzilla tapi versi robot pula, lagi bertambah awesome bro! Mechagodzilla dikatakan dicipta oleh makhluk asing untuk menentang Godzilla. Macam yang korang tengok, Mechagodzilla mempunyai reka bentuk yang sama seperti Godzilla.

Yang membezakan Godzilla dan Mechagodzilla ada superpower yang dorang ada. Kalau korang tengok masa Godzilla 2014, Godzilla mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan Atomic Breath tapi untuk Mechagodzilla pula, ia mempunyai tubuh badan yang penuh dengan senjata. Antaranya adalah Eyebeam, Energy Beam dan juga peluru berpandu yang dikeluarkan jari dan lututnya!

BIOLLANTE

Biollante merupakan gabungan hybrid antara DNA Godzilla, manusia dan juga bunga ros. Macam pelikkan tiba-tiba ada DNA bunga ros. Kalau korang nak tahu Biollante ini dicipta oleh Doctor Genshiro Shiragami dengan gabungan DNA anak perempuannya yang mati semasa sedang berkerja di makmalnya.

Monster ini mempunya dua bentuk. Bentuk pertamanya menyerupai sekuntum bunga ros yang besar dengan rahang dan gigi yang tajam di dalam bunga ros tersebut. Namun selepas dia telah digabungkan dengan DNA Godzilla, Biollante mempunyai rupa paras seperti seekor buaya pada bahagian kepala dan badannya yang dipenuhi dengan vines yang panjang.

DESTOROYAH

Apa yang jadi bila pencipta siri Godzilla nak tamatkan siri Godzilla tanpa menyebabkan peminat-peminatnya mengamuk? Dorang cipta satu monster yang sangat dasyat dan terbukti sebagai musuh paling kuat yang Godzilla pernah lawan. Monster tersebut adalah Destoroyah!

Destoroyah atau biasanya dipanggil Destroyer telah diperkenalkan pada 1995. Destoroyah mampu berlawan dengan Godzilla walaupun pada masa itu Godzilla berada pada form paling kuatnya iaitu Burning Form. Destoroyah dikatakan antara musuh Godzilla yang paling kejam apabila dia bertindak membunuh anak Godzilla untuk membuatkan Godzilla berlawan dengannya (Yes, Godzilla ada anak!)

KATALAKI: Walaupun aku belum tengok Godzilla: King Of The Monster, aku tak sabar nak tengok macam mana pula dorang buat Godzilla vs Kong nanti!

Last modified: 31 May 2019