Top 5 “Badass” Women Dalam Video Games

Game

Samus Aran dari permainan video Metroid yang dikeluarkan pada tahun 1986 merupakan protagonis wanita pertama yang diperkenalkan didalam permainan video. Semenjak itu, makin banyak watak protagonis wanita mula diperkenalkan.

Hari ni kitorang nak kongsikan dengan korang 5 protagonis wanita dalam permainan video pilihan TheLaki.

  1. Bayonetta

Bayonetta merupakan permainan video yang dikeluarkan pada tahun 2009 oleh SEGA. Permainan single-player ini mempunyai 2 tajuk setakat ini iaitu Bayonetta dan Bayonetta 2. Ura-ura mengatakan yang Bayonetta 3 sedang diusahakan dan mungkin akan keluar untuk console Nintendo Switch sahaja.

Permainan ini menceritakan tentang Bayonetta yang merupakan salah seorang Umbra Witch (Followers of Darkness) yang masih wujud. Bayonetta cuba untuk mendapatkan kembali memori dia yang hilang setelah dibangunkan kembali dari tidur selama 500 tahun.

Sepanjang Perjalanan mencari siapa diri dia yang sebenar, Bayonetta telah diserang oleh kumpulan Luman Sages (Followers of Light) disebabkan perkara yang berlaku diantara ibu dan ayah Bayonetta sebelum dia dilahirkan.

Bayonetta terkenal disebabkan cara permainannya yang pantas dan watak utamanya iaitu Bayonetta yang seksi.

  1. Lollipop Chainsaw

Cheerleader, Lolipop dan Zombie. Tiga benda yang jarang kita nampak dalam satu ayat tetapi inilah dia game seterusnya iaitu Lollipop Chainsaw. Lollipop Chainsaw mengisahkan tentang Juliet Starling, seorang cheerleader yang baru saja menyambut hari jadinya yang ke-18.

Semasa hendak pergi berjumpa dengan teman lelakinya (Nick Carlyle), kawasan tempat tinggal Juliet telah diserang zombie dan Nick telah diserang zombie sebelum Juliet sempat datang menyelamatkannya.

Juliet dan teman lelakinya terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis zombie sambil memikirkan cara untuk menghentikan dan mencari siapakah yang bertanggungjawab melepaskan zombie-zombie ini.

Tahukah korang yang Lollipop Chainsaw adalah idea bersama pereka permainan video terkenal, Suda51 dan juga penerbit filem ternama, James Gunn!

  1. Mirror Edge

Mirror Edge merupakan permainan video first-person yang diperkenalkan oleh Electronic Art pada tahun 2007. Dilancarkan pada konsol Xbox360 dan PS3 pada tahun 2008 dan pada PC pada tahun 2009.

Faith Connor merupakan watak utama yang berada dalam Runner, sebuah kumpulan yang tugasnya mengambil dan menghantar pesanan supaya tidak dikesan oleh kerajaan.

Faith terpaksa membersihkan nama kakaknya iaitu seorang pegawai polis bila dia dituduh telah membunuh Pope, seorang ahli politik yang sedang bertanding sebagai datuk bandar. Menggunakan kepakaran Faith bergerak secara bebas dan parkour sekitar bandar untuk mencari bukti yang bahawa kakaknya tidak bersalah.

Buat masa ini Permainan Mirror Edge mempunyai dua tajuk iaitu Mirror Edge dan Mirror Edge Catalyst.

  1. Tomb Raider

Tomb Raider mula diperkenalkan pada tahun 1996 untuk konsol Playstation & Sega Saturn. Pada tahun 2013, Permainan Tomb Raider telah di reboot oleh Crystal Dynamics dan dikeluarkan oleh Square Enix untuk PS3, Xbox 360 dan juga PC.

Tomb Raider 2013 menceritakan tentang Lara Croft dan rakan-rakannya dalam perjalanan untuk mencari kota misteri iaitu Lost Kingdom of Yamatai. Semasa dalam perjalanan, Kapal Lara telah dilanda ombak besar menyebabkan kapalnya karam.

Lara dan rakan-rakannya telah terdampar disebuah pulau yang didiami oleh pemuja-pemuja Himiko ataupun dikenali dengan nama The Sun Queen, Permaisuri yang satu masa dulu memerintah Yamatai. Lara terpaksa menyelamatkan kawan-kawannya daripada pemuja Himiko dan juga dari ancaman tentera Samurai Oni, penjaga kota Yamatai.

Pada March 2018, sebuah filem dengan nama yang sama telah dikeluarkan. Filem ini mengambil serba sedikit inspirasi dari permainan video ini dan dilakonkan oleh Alicia Vikander sebagai Lara Croft.

  1. Horizon Zero Dawn

Permainan video Horizon Zero Dawn menceritakan tentang Aloy, Seorang pemburu yang telah dibuang daerah sejak dari kecil yang cuba mencari sebab mengapa dia dibuang daerah dan siapakah ibu dia yang sebenar.

Aloy terpaksa berhadapan dengan raksasa-raksasa robotik demi mencari maklumat tentang apa yang telah terjadi sebelum dia dilahirkan.

Permainan Horizon Zero Dawn telah dibuat oleh Guerrilla Games dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertaiment pada awal tahun 2017 khas untuk permainan konsol PS4 sahaja.

Horizon Zero Dawn telah diterima baik dan berjaya dijual sebanyak tujuh juta unit sehingga Februari 2018 malah dinobatkan sebagai Best Selling Games on Playstation 4.

KATALAKI: Harap selepas ini akan ada lebih banyak lagi permainan video yang membawa protagonis wanita.

Last modified: 3 January 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *