Top 5 Truly Wireless Earbuds Terbaik!

Gadget, Tech

Siapa saja yang pakai wired earphone tahun 2019 ini. Selain kabel dia selalu berbelit bila korang keluarkan daripada beg korang and kabel dia selalu tersangkut dekat pintu, wired earphone memang dah out of style dah sekarang ini.

via GIPHY

Selain daripada iPhone AirPods dan Samsung Galaxy Buds, ada beberapa lagi true wireless earbuds yang bagi aku nampak lagi menarik dan mempunyai quality bagus. And kalau nak bandingkan harga, ada beberapa yang lebih murah juga! Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa truly wireless earbuds yang agak murah dan mempunyai quality dan design yang lawa!

SUDIO NIVA 

Jenama ini maybe tak ramai orang yang tahu tapi aku banyak kali juga usya earphone dan headphone yang dorang keluarkan. Design dia pun nampak menarik lagi-lagi kalau korang suka yang warna putih. Dekat bahagian button dia pula ada rose gold texture so nampak lagi nice dekat situ.

Battery untuk earbuds ini boleh bertahan lebih kurang dalam empat jam untuk nonstop used dan charging case dia mempunyai battery sebesar 500mAh. Korang boleh charge earbuds korang lebih kurang dalam 3-4 kali bila korang sambungkan earbuds dengan charging case dia. Harga untuk Sudio Niva ini adalah bawah RM400 dan korang boleh dapatkannya dekat SINI.

XIAOMI MI AIRDOTS (YOUTH EDITION)

Nak dapatkan truly wireless earbuds yang lagi murah? Apa kata try usya Xiaomi Mi AirDots (Youth Edition) sebab harga dia tak sampai RM150 pun bro! Speaker yang terdapat pada earbuds ini sebesar 7.2mm dan mempunyai deep bass and highquality audio.

Daripada segi battery pula, earbuds ini mampu bertahan sehingga 4-5 jam untuk nonstop used dan charging case dia membolehkan korang menggunakan earbuds ini untuk extra 12 jam. Bagi aku ini adalah antara truly wireless earbuds yang termurah ada dekat market sekarang. Korang boleh check out Xiaomi Mi AirDots dekat SINI.

EDIFIER TWS 2

Untuk harga bawah RM250, Edifier TWS 2 ini boleh dikatakan antara earbuds yang murah bagi aku. Aku pernah cuba kawan aku punya dan bagi aku earbuds ini agak selesa. Earbuds ini pun agak ringan so korang kadang-kadang akan lupa yang korang tengah pakai earbuds.

Dia punya sound quality pun agak nice untuk harga dia. Sound quality dia tak adalah bagus sangat tak adalah teruk sangat, kira tengah-tengahlah bagi aku. Aku paling suka charging case dia sebab charging case ini nampak lagi kecil dan senang nak masuk poket. Kalau korang berminat korang boleh beli dekat SINI.

SKULLCANDY PUSH

Kalau korang nak cari truly wireless earbuds yang lawa dan nampak awesome, Korang kena usya Skullcandy Push. Walaupun harga dia agak mahal sedikit tapi quality earbuds, design yang lawa dan charging case yang nampak stylo aku rasa berbaloi jugalah.

Walaupun earbuds dia nampak lebih besar berbanding dengan earbuds lain, tapi bila korang dah guna lebih kurang seminggu korang akan mula rasa selesa bila guna. Bagi quality battery, aku rasa Skullcandy Push ini paling lama sebab dia mampu bertahan sehingga 6 jam! Kalau korang ada duit lebih dan nak nampak stylo, try usya Skullcandy Push dekat SINI!

REDMI AIRDOTS

Terus terang Redmi AirDots ini sama saja dengan Xiaomi Mi AirDots yang aku share first sekali tadi cumanya harga dia lebih murah. Kalau Xiaomi Mi AirDots harga dia bawah RM150, Redmi AirDots pula dalam lingkungan RM100 so bolehlah korang jimat dalam RM50!

Earbuds ini mempunyai Bluetooth 5.0 dan smart touch operation. Redmi AirDots ini juga mampu bertahan sehingga empat jam untuk nonstop used dan charging case dia membolehkan korang menggunakannya extra 12 jam. Berminat? Korang boleh klik dekat SINI.

KATALAKI: Aku minat yang Skullcandy Push tu so kalau nak belanje aku bolehlah rogerroger ye ahahha!

Last modified: 8 June 2019