Top Gun: Maverick, Prequel Atau Sequel?

Sembang

Pehh. Filem nostalgia yang menjadi kegilaan ramai suatu masa dulu kini kembali dalam versi yang baru dan menampilkan hero yang sama, Tom Cruise. Trailer pun dah keluar. Korang dah tengok belum? Yang belum lagi tengok, boleh usha dulu kat bawah ni sebelum kita kaji sama-sama pasal filem terbaru Top Gun: Maverick.

Filem Top Gun: Maverick ni merupakan sequel untuk filem Top Gun yang ditayangkan pada tahun 1986. Korang dah pernah tengok ke belum filem Top Gun? Mungkin ada yang belum lagi lahir masa filem Top Gun ditayangkan. Tom Cruise pun baru berumur 24 tahun masa tu. Tapi memang berbaloi untuk generasi sekarang tengok balik filem Top Gun yang pernah menjadi fenomena masa zaman dulu.

Sekali lagi kami nak ingatkan, sebelum korang nak layan filem Top Gun: Maverick yang bakal ditayangkan pada 26 Jun 2020 nanti, make sure korang tengok balik filem Top Gun, tak kisah la sama ada korang dah pernah atau tak pernah lagi tengok. Kami dah check, setakat ni takde lagi filem Top Gun kat Netflix. Pandai-pandai la korang cari cara nak tengok balik filem Top Gun okeh.

Sinopsis

Selepas 34 tahun, Pete “Maverick” Mitchell lakonan Tom Cruise kembali ke TOPGUN, sebuah program yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat untuk melatih askar yang mengendalikan jet pejuang, juga dikenali sebagai United States Navy Strike Fighter Tactics Instructor program. Kalau dalam filem Top Gun sebelum ni, Maverick merupakan askar yang dilatih, kali ni dalam filem terbaru, Maverick merupakan pengajar atau pun instructor di TOPGUN.

Dalam filem Top Gun: Maverick ni, Maverick merupakan instructor kepada Bradley Bradshaw, anak kepada Goose, kawan baik dan flight partner Maverick yang dah pun mati dalam filem Top Gun tahun 1986.
Kalau tengok trailer pun, kita tak boleh nak nampak sangat jalan cerita yang cuba ditunjukkan dalam filem ni. Tapi ada gossip yang mengatakan, filem Top Gun: Maverick ni akan melibatkan aksi peperangan antara jet pejuang dan juga Drone.

Filem ni juga diarahkan oleh Joseph Kosinski yang pernah menjadi pengarah untuk filem Tron: Legacy pada tahun 2010 dan Oblivion pada tahun 2013. Pelakon-pelakon hebat lain yang akan terlibat gak dalam filem Top Gun: Maverick ialah Miles Teller, Val Kilmer dan Jennifer Connelly.

KATALAKI: Filem Top Gun la salah satu punca cermin mata Aviator semakin popular.

Last modified: 19 July 2019