Track baru MotoGP Kat Lombok, Indonesia

Aktif, Motorsports

Kalau sekarang ni litar Sepang selalu menjadi pilihan rakyat Indonesia untuk tengok MotoGP depan mata, tahun 2021 nanti, Indonesia akan ada litar lumba sendiri untuk MotoGP! Kita kat Malaysia ni nanti boleh la bercuti kat Indonesia sambil layan MotoGP.

Indonesia memang antara negara yang ramai peminat sukan MotoGP. Sebab tu gak la perasmian motor baru Monster Energy Yamaha MotoGP baru-baru ni diadakan kat Jakarta, Indonesia. Dekat motor Valentino Rossi dan Maverick Vinales pun siap ada bendera Indonesia dengan slogan “Semakin Di Depan”.

Menurut Autosport, pengarah presiden Indonesia Tourism Development Corporation, Abdulbar M Mansoer, baru-baru ni dah confirmed yang litar lumba baru akan dibina di Mandalika, Lombok, Indonesia untuk perlumbaan MotoGP pada tahun 2021 nanti.

Sumber: www.autosport.com

Kalau korang dah pernah pergi Lombok dan tertanya-tanya kat mana dorang nak pacak litar lumba MotoGP baru ni, nah boleh tengok peta kat bawah ni. Litar MotoGP baru ni nanti akan dibina kat Mandalika, betul-betul kat area Kuta.

Sebelum ni pernah je Indonesia jadi tuan rumah untuk MotoGP pada tahun 1996 dan 1997 kat Sentul International Circuit, Bogor. Michael Doohan pernah menang untuk kelas 500cc pada tahun 1996 dan Valentino Rossi pernah menang untuk kelas 125cc pada tahun 1997 kat Sentul International Circuit.

KATALAKI: Hafizh Syahrin pun ramai peminat dari Indonesia. Kita kan negara serumpun. Ya kan? Ya Kan?

Last modified: 22 February 2019