Tradisi Hari Raya Yang Semakin Pupus

Sembang

Hari Raya Aidilfitri boleh dikatakan antara perayaan terbesar dan paling meriah yang disambut oleh orang beragama Islam diseluruh dunia. Ia boleh dikatakan perayaan yang paling dinantikan selain perayaan Hari Raya Aidiladha ataupun dikenali dengan Hari Raya Haji.

via GIPHY

Bila tiba Hari Raya Aidilfitri, banyak tradisi yang menyeronokan dan menghiburkan yang dapat kita lakukan bersama-sama dengan saudara-mara namun bila zaman semakin maju, banyak tradisi-tradisi ini yang kian dilupakan sehingga kanak-kanak sekarang tidak lagi merasa keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kita masa kecil-kecil dahulu. Jadi hari ini aku ingat nak mengingatkan kembali tradisi-tradisi Hari Raya Aidilfitri yang semakin dilupakan sekarang.

KAD RAYA

Tradisi menghantar kad raya sememangnya semakin dilupakan sekarang. Bila kita dah ada platform untuk berinteraksi dengan orang yang jauh seperti Facebook, Twitter & Whatsapp, tradisi untuk menghantar kad raya kepada kawan-kawan dan saudara kita yang jauh telah ditinggalkan.

Aku tak boleh nak kata melupakan tradisi hantar kad raya ini satu benda yang tak elok kerana kita masih lagi berinteraksi dengan kawan-kawan kita yang jauh dengan platform sosial media yang ada malah ia lebih mudah dan dalam masa ia dapat mengurangkan penggunaan kertas betul tak?

PERANG MERIAM

Walaupun bermain mercun ataupun meriam buluh ini bukanlah satu benda yang elok tapi ia boleh dikatakan satu tradisi yang mesti ada bila tiba Hari Raya Aidilfitri. Masa aku kecil-kecil dulu bila balik beraya dikampung, mesti pakcik dan saudara-mara aku dah siapkan sebiji meriam buluh dihadapan rumah.

Bila tiba saja malam raya, semua orang disekeliling kampung membunyikan meriam buluh masing-masing. Memang malam itu satu malam yang sangat-sangat meriah berbanding sekarang. Namun ada bagusnya juga bila budak-budak tak main meriam buluh dan mercun sebab kurang sikit berita budak masuk hospital sebab putus jari main mercun!

PASANG PELITA

Satu lagi tradisi bila balik beraya dikampung yang aku tengok kian dilupakan iaitu memasang pelita disekeliling rumah dan juga disepanjang jalan nak ke rumah. Masa ini korang boleh nampak betapa indah dan meriahnya sekitar rumah-rumah dikampung korang.

Tradisi memasang pelita ini pula lebih seronok bila dibuat beramai-ramai dengan saudara-mara. Setiap seorang akan memasang pelita di tempat yang dorang pilih kemudian bila dah siap, tiba giliran pakcik dan makcik korang pula untuk letakkan minyak tanah dalam setiap pelita sebelum menyalakan pelita-pelita ini.

DATANG BERAYA

Bila habis sahaja sembahyang raya, makan ketupat dan rendang dekat rumah, aku dengan kawan-kawan aku mulalah mengorak langkah nak pergi beraya dikawasan-kawasan taman perumahan aku. Selalunya pada malam raya lagi kitorang dah siap peta nak pergi beraya dikawasan mana dahulu.

Tapi bila dah agak tua ini, hari raya pertama sampailah ketujuh aku banyak dihabiskan di rumah sendiri sahaja. Mostly aku akan makan rendang dengan ketupat lepas itu main game kemudian sambung makan ketupat balik dan seterusnya tidur. Bila budak-budak datang beraya pun biasanya aku tanya nak duit raya or nak makan and selalunya dorang terus jawab nak duit raya sahaja hahahaha!

KUIH RAYA (BUAT SENDIRI)

Aku bukanlah orang yang suka sangat makan kuih ataupun kerepek tapi bila tiba Hari Raya Aidilfitri, adalah beberapa kuih dan kerepek raya yang menjadi kegemaran aku. Antara kuih raya yang menjadi pilihan aku adalah Kuih Karas dan juga Kuih Suji. Kalau ada dua kuih ini dekat rumah yang aku datang beraya memang confirm aku habiskan!

Namun sekarang ini sangat sukar nak tengok ada dua kuih ini dekat rumah-rumah yang aku datang beraya. Bukan itu saja, banyak kedai-kedai yang tak jual pun kuih-kuih ini membuatkan ianya lebih sukar untuk didapati. Kuih raya yang ada sekarang pula bagi aku agak moden dan sangatlah tak berapa nak sesuai dengan orang tua macam aku hahaha!

KATALAKI: Bila tengok-tengok balik, pupusnya tradisi Hari Raya Aidilfitri ini disebabkan oleh kita sendiri dan kita melakukannya demi untuk mengejar kemajuan dan kemodenan zaman sekarang. 

Last modified: 31 May 2019