Tradisi Unik Ramadan Di Negara Lain

Sembang, ZeKool

Kalau di Malaysia, antara tradisi unik semasa bulan Ramadan adalah seperti gotong-royong dan agihan bubur lambuk yang rata-rata dilakukan di seluruh negara. Kira ni tradisi wajib lah tiap kali bulan Ramadan. Cumanya untuk tahun ni kita terpaksa pause kejap tradisi ni sebab COVID-19. Walaupun begitu, terdapat juga tradisi-tradisi lain yang dapat diteruskan.

Contohnya di Bandar Pekan, Pahang, satu tradisi menggunakan meriam bagi menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Tiap kali bulan Ramadan, bunyi meriam yang boleh didengar sejauh satu kilometer itu masih digunakan sehingga ke hari ini. Ada juga tradisi ‘ketuk-ketuk’ untuk kejut orang bangun sahur di Melaka. Tapi mungkin tahun ni tak ada lah sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa-apa pun jom kita tengok negara-negara lain punya tradisi.

KEJUT SAHUR GUNA JET PEJUANG

Ini memang lain macam dia punya tradisi. Di Indonesia terdapat satu program kejut sahur yang dianjurkan oleh pihak Tentera Udara Indonesia dimana mereka menggunakan pesawat pejuang yang mengeluarkan bunyi yang kuat. Antara bandar yang dapat merasai pengalaman dikejut dengan jet pejuang ini adalah Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah dan Yogyakarta. Tapi cara ni boleh buat dekat negara yang aman je. Tak sesuai nak buat dekat negara yang sedang bergolak.

NON-MUSLIM TOLONG KEJUTKAN SAHUR

Di Jeddah, Arab Saudi, mereka yang beragama Kristian memainkan peranan untuk mengejutkan sahabat mereka yang beragama Islam. Golongan ini digelar mesaharati atau ‘penyeru malam’ menjadi tradisi paling lama di beberapa negara arab seperti Arab Saudi, Yaman dan Mesir. Golongan ini akan memainkan alat muzik tamborin dan diiringi dengan teriakkan secara berulang-ulang untuk kejut umat Islam bangun sahur.

TRADISI MEUGANG

 

View this post on Instagram

 

MEUGANG TRADITION IN THE MIDDLE OF PANDEMI COVID-19 Traders cut meat sold on the day of the tradition of slaughtering animals (meugang) in Krueng Geukueh, North Aceh, Aceh, Thursday (4/23/2020). Residents continue to carry out the tradition of meugang to welcome the month of Ramadan in the midst of the emergency COVID-19 pandemic. #pewartafoto #covid19 #meugang #ramadhan1441h

A post shared by Rahmat Mirza (@rahmat_mirza) on

Ia merupakan tradisi masyarakat Aceh di mana mereka memasak daging dan menikmatinya bersama-sama orang terdekat, termasuk lah anak-anak yatim piatu. Dikatakan tradisi ini sebagai tanda mensyukuri nikmat yang diperolehi selama 11 bulan dan bila bulan Ramadan rezeki yang kita nikmati perlu dikongsikan bersama.Tradisi ini menjadi acara yang wajib tiap kali bulan Ramadan.

PADUSAN

Padusan merupakan tradisi unik bulan Ramadan yang berasal dari Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan amalan mandi atau berendam di laut atau sumber-sumber air yang dianggap keramat. Yang dianggap keramat ya, bukan di Keramat. Tradisi ini dipercayai dapat menyucikan diri sebelum masuknya bulan Ramadan.

SANTAPAN UNIK DI RUSIA

Rusia yang dikira antara negara paling lama waktu berpuasanya mempunyai makanan khas untuk bulan Ramadan. Lebih 20 juta umat Islam di Rusia biasanya berkumpul di lapan ribu masjid untuk menyantap Khingalsh atau Galnash semasa berbuka puasa. Khingalsh merupakan roti yang diisi dengan kejut, manakala Galnash adalah roti yang diperbuat daripada gandum. Umat Islam di Rusia Selatan pula mempunyai minuman hasil penapaian yang tidak mengandung alkohol. Minuman wajib bulan Ramadan ala Rusia ini disebut sebagai ‘kvass’.

Selain di Rusia, di Bangladesh juga terdapat santapan istimewa setiap kali bulan Ramadan iaitu Jilapi. Ia merupakan sejenis manisan sebagai makanan buka puasa seperti kurma.

FESTIVAL KANAK-KANAK

Tradisi yang dinamakan Garangao di negara Qatar ini diadakan pada hari ke 13,14 dan 15 Ramadan. Semasa festival ini, kanak-kanak lelaki akan memakai baju arab hitam dengan emas bersulam merah. Manakala kanak-kanak perempuan akan mengenakan jubah tradisional berwarna terang lengkap dengan tudung hitam lutsinar yang dihiasi benang emas. Kanak-kanak ini kemudian akan berjalan dan bernyanyi sepanjang jalan sambil mengunjungi rumah orang untuk menerima gula-gula. Macam Halloween jugak lah ni.

KATALAKI: Banyak tradisi yang tak boleh dibuat tahun ni. Sobs sobs…

Last modified: 14 May 2020