Setiap tahun kita sambut Hari Raya Aidilfitri, rasanya mesti ada je drama yang jadi. Tak kisah la drama yang menyedihkan ke atau pun mengembirakan untuk korang, tapi kali ni kami nak kongsikan drama di media sosial yang berlaku masa semua tengah sibuk beraya hari tu.
Rasanya korang pun pernah mengalami situasi yang sama bila ramai kanak-kanak datang beraya kat rumah. Kalau yang pandai behave tu memang bagus dan layak dipuji. Tapi yang jenis tangan merayap ni, apa yang korang akan buat? Sama ada kanak-kanak tersebut yang salah sebab tak reti duduk diam atau ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut yang patut dipersalahkan sebab tak boleh nak kawal anak sendiri?
Masa ni la timbul dan berterbangan di udara ayat macam ni, “Kau takde anak lagi, senang la kau cakap.” Mungkin ayat tersebut bermaksud bila dah anak, kita akan ada lesen untuk biarkan anak sendiri tak tentu arah bila datang beraya kat rumah orang? Mari kita tengok apa yang terjadi kepada netizen yang kongsikan tragedi masing-masing kat Twitter baru-baru ni.
Kucing aku baru kena warded 2 hari sebab doctor cakap dia trauma kena hentakan kuat dekat kepala. Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jaga la anak tu dari buat onar. πππ
P/s: doctor cakap if takde perkembangan positif percentage untuk lumpuh tinggi. ππ pic.twitter.com/ig7J7X4uGF
β nurush shahindah (@Uyushh) June 6, 2019
Apa salah kucing tu? Tak cukup dengan kucing, ada gak jenis yang siap calarkan kereta. Kereta baru lak tu.
kereta aku habis calar kerja budak2 yg kurg adab. time raya pulak tu. dah la kereta baru ππ pic.twitter.com/E2pdnxaZVl
β Didi (@didi_adila) June 8, 2019
Ada lagi kereta yang menjadi mangsa berhari raya. Apa barang main calar kereta, pecahkan cermin terus.
Ni la sebab aku tak suka budak budak ramai, pastu jenis anak buas mak bapak tak reti nak jaga. Main baling baling batu kena cermin kereta aku pic.twitter.com/EXVLymqSOQ
β fairuspe0s (@fairuspeos) June 6, 2019
Selain daripada aktiviti vandalisme, ada gak yang jenis buka sampul raya depan tuan rumah. Yang paling best, siap buang sampul raya yang kita bagi tu kat depan rumah.
Aku bagi duit raya dlm sampul. Saje la letak duit syiling sekali duit kertas. Tp ad budak ni, lps dpt duit raya, dia ckp “duit syiling je?” Ckp thanks pon tak, weh~
Aku perati dia gerak balek. πΆ Dia drop sampul tu tgh jalan, guys.. π£ kecik ati aku. Kot la nk bukak dulu tgk.. pic.twitter.com/LlXaHycyDL
β βοΈantaraπ (@MerchantofMilan) June 6, 2019
Rasanya kanak-kanak dan kenakalan memang tak boleh dipisahkan. Kita dulu masa zaman kanak-kanak pun macam tu gak. Bila kita dah tahu pasal tragedi berhari raya sambil merosakkan harta benda tuan rumah dan sampai kucing pun boleh terkorban ni, semoga kita sama-sama kawal adik, anak atau anak buah kita masa pergi beraya. Kesian kat tuan rumah.
Di zaman media sosial ni, drama atau tragedi apa pun, tak kisah la masa Hari Raya atau pun tak, memang laju je info dan berita tersebar. Ada gak yang mengambil kesempatan untuk buat cerita yang palsu semata-mata untuk mencari likes dan retweet yang banyak. Ini yang terjadi kat tweet bawah ni.
Lols! Selamat Hari Raya. pic.twitter.com/3bOEC5WKwz
β Hazrey (@Hazrey) June 9, 2019
KATALAKI: Daripada adik-adik rosakkan harta benda rumah orang, baik bawa Beyblade pergi beraya. Boleh main Beyblade dengan kawan-kawan yang lain. Nak tahu pasal Beyblade, baca kat sini haa.