Tragedi EgyptAir Flight 804 Yang Hilang Di Atas Laut Mediterranean

Sembang

Pada 19 Mei 2016, sebuah kapal terbang komersial dikenali sebagai Egyptair Flight 804 yang berlepas dari Paris, Perancis pada pukul 23:09 (UTC+2) menuju ke Cairo, Egypt atau Mesir, tiba-tiba halang di dalam radar ketika melintasi lautan Mediterranean.

Perjalanan udara pesawat Egyptair Flight 804 dari Paris ke Cairo yang sepatutnya mengambil masa selama 4 jam, secara tiba-tiba hilang di dalam radar dalam keadaan cuaca yang baik dan tanpa sebarang amaran awal pada pukul 02:30, kurang daripada sejam waktu untuk mendarat mengikut jadual.

Walaupun pada awalnya pihak berkuasa beranggapan pesawat Egyptair Flight 804 diceroboh dan ditawan oleh pengganas, operasi mencari dan menyelamat tetap dijalankan serta-merta oleh kerajaan Mesir selepas menara kawalan terputus hubungan komunikasi dengan pesawat Egyptair Flight 804, dibantu oleh beberapa buah kapal dari Perancis, United Kingdom dan Greece untuk mencari sisa kapal terbang yang mungkin boleh dilihat berada di permukaan lautan Mediterranean, lokasi terakhir pesawat Egyptair Flight 804 di dalam radar . Pada 20 Mei 2016, pasukan mencari dan menyelamat berjaya jumpa beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi penumpang termasuk bagasi yang berselerak di persisiran laut Alexandria, sebuah bandar di Mesir, tapi masih gagal untuk mencari sisa pesawat bahagian utama.

Selepas berminggu-minggu misi mencari bangkai utama pesawat Egyptair Flight 804, pasukan mencari dan menyelamat akhirnya berjaya menjumpai flight recorder atau juga dikenali sebagai black box bersama bangkai utama pesawat yang jauh tenggelam di dasar laut. Semua 66 orang penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Egyptair Flight 804 disahkan terkorban.

Menurut rakaman yang berjaya diperolehi menerusi black box pesawat Egyptair Flight 804, ada kebakaran yang berlaku di dalam pesawat menerusi amaran yang diaktifkan oleh pengesan asap. Tak lama kemudian, komputer dan alat eletronik di bahagian kokpit mula berasap, pesawat secara tiba-tiba mengubah haluan, sebelum menjunam dan berkecai di permukaan laut.

Sehingga kini, tragedi pesawat Egyptair Flight 804 yang terhempas di lautan Mediterranean masih lagi disiasat untuk mencari jawapan sebenar dan punca di sebalik kejadian yang mengorbankan 66 nyawa penumpang dan anak kapal.

Pada 29 Mac 2016, beberapa bulan sebelum kejadian pesawat Egyptair Flight 804 berlaku, sebuah pesawat milik Egyptair, dikenali sebagai EgyptAir Flight 181 yang berlepas dari Alexandria ke Cairo, dirampas oleh seorang penjenayah dan mengubah laluan pesawat menuju Cyprus sambil menjadikan 63 orang penumpang dan anak kapal sebagai tebusan.

KATALAKI: Korang ada perasaan takut tak bila menjejakkan kaki kat dalam kapal terbang?

Last modified: 11 May 2020