Tragedi James Dean Mati Di Usia Muda

Sembang

Bila sebut pasal James Dean, apa yang korang boleh bayangkan? Kalau ada yang tak pernah kenal, James Dean merupakan seorang pelakon Hollywood yang popular sekitar tahun 1950 sehingga 1955, meninggal dunia di usia muda, ketika berumur 24 tahun disebabkan kemalangan jalan raya. Walaupun James Dean dah lama meninggal dunia, tapi legasi yang ditinggalkan oleh James Dean masih lagi kekal sehingga kini, digelar ikon oleh remaja di seluruh dunia.

Selain daripada mempunyai rupa dan penampilan yang mampu menggoda setiap wanita, James Dean terkenal dengan hasil lakonan yang dipuji ramai menerusi filem East of Eden, ditayangkan pada tahun 1955. Filem East of Eden adalah satu-satunya filem yang sempat ditonton oleh James Dean sebelum berlakunya kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa James Dean. Secara keseluruhan, James Dean hanya sempat berlakon memegang watak utama untuk 3 filem sahaja seumur hidup iaitu East of Eden, Rebel Without a Cause dan Giant.

Di samping sibuk dengan karier lakonan, James Dean juga mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan lumba kereta dan pernah terlibat dalam beberapa perlumbaan secara profesional. Malang tak berbau, minat James Dean dalam lakonan dan sukan lumba kereta akhirnya berakhir apabila James Dean terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku pada 30 September 1955 di California. James Dean yang memandu kereta Porsche Spyder merempuh sebuah kenderaan jenis Ford Tudor di persimpangan, menyebabkan kereta yang dipandu oleh James Dean terbang di udara dan terbalik beberapa kali.

James Dean yang tersepit dalam Porsche Spyder yang remuk, mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kaki, patah leher, patah tangan kiri dan kanan, dan beberapa lagi kecederaan dalaman yang serius. Setibanya pasukan penyelemat yang cuba menyelamatkan James Dean, beliau berada dalam keadaan nazak ketika berada di dalam ambulans, disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.

Selepas kejadian kemalangan ngeri yang terjadi kepada James Dean, saki-baki kereta Porsche Spyder yang dipandu oleh James Dean semasa kemalangan menjadi rebutan orang ramai termasuk lah peralatan yang masih boleh digunakan semula. Walau bagaimanapun, muncul satu mitos yang mengatakan kereta Porsche Spyder yang dipandu oleh James Dean telah disumpah selepas beberapa kejadian kemalangan lain berlaku melibatkan kereta atau alat ganti Porsche Spyder yang pernah dipandu oleh James Dean.

Selepas kematian James Dean, segala barangan peribadi atau barang yang pernah dipakai atau disentuh oleh James Dean menjadi buruan orang ramai sehingga dijual dengan harga yang melampau. Disebabkan James Dean meninggal dunia di usia muda dan ketika nama berada di puncak, tak banyak barang-barang yang ada kena-mengena dengan James Dean boleh dikumpul oleh orang ramai. Sebab tu lah harga barang yang ada kena-mengena dengan James Dean boleh dijual dengan harga yang terlampau mahal.

KATALAKI: Kalau korang Google gambar James Dean, korang boleh tengok gaya pemakaian James Dean yang masih lagi sesuai menjadi ikutan sehingga kini.

Last modified: 5 August 2020