Tragedi Mike Tyson Gigit Telinga Sampai Putus

Aktif, ZAP, ZeKool

Pada 28 Jun 1997, peninju tersohor, Mike Tyson menggemparkan dunia sukan tinju apabila menggigit telinga penyandang gelaran World Heayweight Champion, Evander Holyfield dalam perlawanan tinju yang menjadi tumpuan dunia, disiarkan di seluruh dunia dari Las Vegas. Perlawanan ditamatkan oleh pengadil di penghujung pusingan ke-3 selepas sebahagian telinga Evander Holyfield tercabut disebabkan gigitan Mike Tyson dan Evander Holyfield kekal memegang gelaran World Heavyweight Champion.

Mike Tyson yang dilatih oleh jurulatih ternama, Cus D’Amato, memulakan karier profesional dalam sukan tinju pada tahun 1985, ketika berumur 18 tahun. Nama Mike Tyson semakin naik apabila merekodkan kemenangan berturut-turut yang kebanyakannya tamat dalam pusingan pertama menerusi keputusan TKO atau KO, sehingga dicanang sebagai pencabar baru untuk gelaran World Heavyweight Champion

Pada tahun 1986, Mike Tyson memegang gelaran juara dunia buat kali pertama selepas menewaskan Trevor Berbick menerusi keputusan TKO dalam pusingan ke-2 untuk menjulang gelaran World Boxing Council (WBC) Heavyweight Champion ketika berumur 20 tahun, pemegang kejuaraan World Heavyweight Champion paling muda dalam sejarah sehingga kini.

Tak cukup dengan satu kejuaran yang dipegang, Mike Tyson meneruskan lagi karier sukan tinju yang kini semakin popular dan digeruni oleh pihak lawan, memburu gelaran World Boxing Association (WBA) Heavyweight Champion yang dirampas daripada James Smith pada tahun 1987. Tahun yang sama, Mike Tyson mencipta sejarah baru dalam sukan tinju selepas menewaskan Tony Tucker yang berlangsung selama 12 pusingan untuk merampas gelaran International Boxing Federation (IBF) Heavyweight Champion dan menjadi peninju pertama dalam sejarah memegang 3 kejuaraan tertinggi sukan tinju, WBC, WBA dan IBF dalam waktu yang sama.

Walaupun berjaya mencipta populariti yang melampau, Mike Tyson juga tak terkecuali daripada mencipta beberapa kontroversi antaranya kisah mengenai pergolakan rumah tangga, isu dalaman bersama pasukan dan pergaduhan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Mike Tyson kali pertama tersungkur di atas gelanggang, tewas kepada Buster Douglas pada tahun 1990.

Mike Tyson pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan kes rogol pada tahun 1992, dibebaskan lebih awal pada tahun 1995. Selepas kali terakhir berentap di atas gelanggang pada tahun 1991, Mike Tyson kembali meriahkan dunia sukan tinju dan masih lagi mendapat perhatian dunia, menewaskan Peter McNeeley pada tahun 1998.

Masa ni lah bermulanya permusuhan antara Mike Tyson dan Evander Holyfield selepas Mike Tyson kembali memegang gelaran WBA Heavyweight Champion, berdepan dengan Evander Holyfield yang cuba merampas pada 9 November 1996. Dalam pertemuan pertama Mike Tyson dan Evander Holyfield, kemenangan berpihak kepada Evander Holyfield menerusi keputusan TKO selepas pengadil menghentikan perlawanan dalam pusingan ke-11.

Sebab tak puas hati, Mike Tyson dan Evander Holyfield sekali lagi bertarung pada 28 Jun 1997, perlawanan paling bersejarah dalam dunia sukan tinju selepas sebahagian daripada telinga Evander Holyfield boleh dilihat di atas gelanggang, hasil gigitan Mike Tyson. Selepas perlawanan, Mike Tyson dikenakan denda dan digantung daripada terlibat dalam perlawanan tinju, sebelum kembali dibenarkan beraksi pada tahun 1998. Mike Tyson akhirnya bersara daripada sukan tinju pada tahun 2005, selepas mengaku kalah di pusingan ke-6 menentang Kevin McBride.

KATALAKI: Kalau Mike Tyson dan Evander Holyfield sekali lagi bertarung untuk kali ke-3, ada lagi ke aksi gigit-menggigit walaupun dah berusia?

Last modified: 8 May 2020