Trailer Gempak, Ni Fakta Tentang Filem Terbaru Vin Diesel

Sembang

Sebelum kita dapat tengok Vin Diesel kembali sebagai Dominic Toretto dalam Fast & Furious 9 yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2020 nanti, trailer filem terbaru lakonan Vin Diesel bertajuk Bloodshot dah pun ditayangkan kepada umum bermula 21 Oktober 2019 hari tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Filem Bloodshot diambil daripada komik superhero yang diterbitkan oleh Valiant Comics pada tahun 1992, mengisahkan seorang askar yang diubah suai menjadi manusia robot dan mempunyai kekuatan luar biasa terutama sekali kebolehan untuk memulihkan diri sendiri jika tercedera.

Image Via : maxim.com

Menggunakan jalan cerita yang sama di dalam filem, Ray Garrison lakonan Vin Diesel dihidupkan semula oleh pakar sains untuk dijadikan manusia yang mempunyai kekuatan melampau. Selepas berjaya dapatkan semula ingatan yang hilang, Ray Garrison mula memberontak dan mencari siapa yang bunuh isterinya sehingga terbongkar konspirasi yang berlaku.

Image Via : YouTube

Nampaknya Sony dah mula untuk cipta filem bersiri berdasarkan superhero di dalam komik untuk lawan Disney yang dah berjaya dengan filem-filem Marvel. Bloodshot ni merupakan filem pertama yang diambil daripada Valiant Comics untuk dijadikan filem. Ada gak gossip yang mengatakan lepas filem Bloodshot ditayangkan nanti, akan muncul lagi filem superhero daripada komik Valiant Comics yang lain iaitu Harbinger, sekumpulan remaja yang ada superpower dan kebolehan masing-masing.

Image Via : valiant.fandom.com

Selain daripada Vin Diesel yang pernah terlibat dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe sebelum ni menerusi watak Groot, Guy Pearce juga pernah berlakon dalam filem Iron Man 3 melakonkan watak Aldrich Killian dan kini terlibat dalam filem Bloodshot memegang watak jahat, Dr. Emil Harting.

Image Via : slashfilm.com

Filem Bloodshot dijangka akan mula ditayangkan pada 20 Februari 2019, yang belum lagi tengok trailer boleh layan kat bawah ni.

KATALAKI: Heroin dalam filem ni pun macam menarik, boleh la kot kita cuba layan filem superhero Valiant Comics pulak kali ni.

Last modified: 1 November 2019