Trailer Terbaru Football Manager 2020 Tak Cukup Gempak?

Game, Tech

Berita gembira untuk peminat permainan video simulasi Football Manager 2020. Tak lama selepas kami keluaran artikel mengenai pemain Football Manager yang berjaya mencipta sejarah dunia, trailer terbaru Football Manager 2020 dah pun ditayangkan kepada umum pada 27 Ogos 2019.

Secara jujurnya, tak nampak gempak pun trailer terbaru Football Manager 2020 sebab takde tunjuk gameplay atau apa-apa visual dalam Football Manager 2020 kalau nak dibandingkan dengan trailer FIFA 20 atau PES 2020. Tapi untuk penggemar dan peminat Football Manager, trailer terbaru ni memang ditunggu-tunggu dan rasa tak sabar untuk main tu lagi mencanak.

Image Via : YouTube

Buat pertama kalinya, Football Manager 2020 bukan je boleh main kat PC, tapi boleh gak main menggunakan Google Stadia.

Untuk info, Google Stadia merupakan servis cloud gaming atau untuk lebih senang korang faham, Google Stadia membolehkan korang untuk main game secara streaming. Setakat artikel ni ditulis pada 28 Ogos 2019, Google Stadia belum lagi dipasarkan secara rasmi. Google Stadia dijangka akan mula beroperasi dan dipasarkan kepada pengguna pada November 2019. Ada dua benda je yang korang perlukan untuk gunakan Google Stadia iaitu Stadia Controller dan Google Chromecast Ultra. Google Stadia boleh digunakan kat PC, TV, laptop, tablet dan smartphone.

Image Via : google.com

Image Via : engadget.com

Buat masa ni belum ada lagi tarikh yang tepat bila Football Manager 2020 akan mula dipasarkan seluruh dunia, tapi dijangka akan dipasarkan pada bulan November 2019. Korang dah boleh pre-order untuk dapatkan Football Manager 2020 dengan harga yang lebih murah. Ini antara info penting yang dikongsi oleh pengarah studio Football Manager, Miles Jacobson di Twitter.

KATALAKI: Layan FIFA 20 dulu yang keluar hujung bulan September nanti, pastu layan Football Manager 2020 lak November nanti. Hidup penuh dengan bola.

Last modified: 28 August 2019