Train Dah Kena Kokak, Kali ni #EkorOnBus!

Aktif, Bola

Selepas Ultras Malaya Berjaya menghasut lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya yang turun ke stadium untuk perlawanan menentang Myanmar hari tu dengan #EkorOnTrain, kali ni semboyan Ultras Malaya dibunyikan sekali lagi dan bergema di media sosial untuk menghasut semua penyokong Harimau Malaya untuk ke Stadium Rajamangala, Bangkok untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2018 antara Thailand menentang Malaysia.

Here we go #EkorOnBus! Serius bosskurr. Kali ni Ultras Malaya dalam misi menggerakkan penyokong Harimau Malaya dari Malaysia ke Thailand naik bas! Memang betul, Ultras Malaya lah barisan hadapan penyokong-penyokong Harimau Malaya yang tak pernah berhenti menyokong pasukan bola sepak negara kita, Malaysia!

FAM pun dah bagi tahu yang tiket untuk menyaksikan perlawanan epik ni di Stadium Rajamangala dah boleh beli! Apa tunggu lagi tu?

Kalau korang yang nak join #EkorOnBus, ni info yang korang kena tahu.

Kalau korang bukan dari Kuala Lumpur, jangan nak bagi alasan-alasan yang tak munasabah tak nak #TaklukRajamangala macam lagu Exist, Alasanmu. Korang boleh usha tweet kat bawah ni.

KATALAKI: Kita jumpa kat Stadium Rajamangala!

Last modified: 30 November 2018