Transfer: Kalau Higuain Pakai Jersi Chelsea Memang Cun

Aktif, Bola

Lebih kurang sebulan je lagi jendela perpindahan pemain atau transfer window pertengahan musim untuk liga ternama Eropah akan dibuka. Masa untuk shopping pemain! Korang faham kan transfer window tu macam mana?

Liga bola sepak untuk semua negara dalam dunia ni, FIFA dah tetapkan ada dua transfer window dalam satu musim. Pra musim dan pertengahan musim. Bergantung kepada negara tu sendiri nak pilih date mana. Untuk kebanyakan negara Eropah, transfer window pertengahan musim ialah pada 1 Januari-31 Januari.

Kali ni kita nak tengok antara nama-nama player yang kena petik akan berpindah team untuk transfer window pertengahan musim ni. Ayuh!

Cesc Fabregas – AC Milan

Sumber : footballlondon

Nampaknya Fabregas dah jarang main first team lepas Maurizio Sarri jadi manager Chelsea. Lambakan pemain tengah berbakat kat Chelsea pun mungkin punca Fabregas dikatakan akan berpindah ke AC Milan Januari ni.

Isco – Chelsea

Pemain yang dikatakan boleh ganti Cristiano Ronaldo kat Real Madrid ni mungkin akan dijual ke Chelsea masa transfer window nanti. Isco sekarang berumur 26 tahun. Mungkin Real Madrid plan tukar Eden Hazard dengan Isco?

Christian Pulisic – Manchester United

Sumber : Getty

Wonderkid Borussia Dortmund dan Amerika Syarikat, memang dah ramai dah yang target Christian Pulisic ni. Yang terbaru, Manchester United lak nak sambar. Harap-harap Manchester United boleh menang lepas beli Christian Pulisic

Marco Asensio – Juventus

Sumber : Getty

Betul-betul Real Madrid nak revamp pemain dorang lepas prestasi buruk dalam La Liga musim ni. Marco Asensio baru berumur 22 tahun. Muda lagi. Mungkin Juventus boleh guide Marco Asensio untuk jadi world class player?

Gonzalo Higuain – Chelsea

Mungkin sebab Chelsea dah menyirap dengan Alvaro Morata? Higuain pernah beraksi bersama Maurizzio Sari masa kat Napoli. Ni la masanya untuk dorang reunion balik kan.

Player mana yang korang rasa akan pindah team januari nanti? Player kat atas ni semua belum lagi confirm akan berpindah team. Mungkin transfer gossip je. Kita tunggu je lah transfer window nanti. Surprise surprise.

KATALAKI: Makin hari makin makin mahal harga player bola sekarang ni.

Last modified: 30 November 2018