Triple Chain – Strategy & Puzzle RPG Games

Game, Tech

Sebuah permainan video mobile terbaru akan dikeluarkan oleh Cubinet Interactive yang menggabungkan ciri-ciri RPG (RolePlaying Game) dan juga Puzzle Game. Alpha version untuk permainan video ini dikatakan akan mula dilancarkan pada 22nd April 2019 pada peranti Android.

Dengan menggabungkan ciri-ciri strategypuzzle dan RPG, permainan video mobile Triple Chain ini sesuai untuk semua lapisan umur so bolehlah korang ajak mak ayah dengan adik-beradik korang main sekali. Terdapat beberapa mode permainan yang korang boleh pilih termasuklah story mode.

Didalam permainan video mobile Triple Chain ini, korang akan bermula dengan memilih enam pilihan pekerjan yang sesuai dengan heroes yang korang pilih. Antara pekerjaan yang korang boleh pilih untuk permainan video mobile Triple Chain ini adalah Warrior, Mage, Healer, Tanker, Specialist dan juga Dancer.

Setiap pekerjaan mempunyai kelebihan mereka sendiri yang sangat berguna semasa didalam permainan. Jadi cara terbaik untuk bermain game Triple Chain ini adalah dengan mencuba kesemua pekerjaan dan pilih yang mana yang korang rasa sesuai dengan corak permainan korang.

Macam yang aku cakap, dalam permainan video Triple Chain ini korang boleh pilih beberapa mode permainan contohnya seperti Story mode. Didalam Story Mode, korang akan bergerak daripada satu map ke satu map yang lain dan disetiap map ini mempunyai cabaran yang berbeza-beza dan lebih susah daripada map yang sebelumnya.

via GIPHY

Sepanjang quest korang, korang akan mendapat item dan coins yang mana korang boleh gunakan barang-barang ini untuk upgrade dan enhance kelengkapan korang untuk meningkatkan lagi power setiap heroes korang.

Didalam permainan video ini juga, korang akan berdepan dengan big boss didalam mode World Boss Battle. Terdapat beberapa big boss yang korang akan berlawan contohnya seperti The Devil’s Lancer dan juga Black Skull. Disebabkan inilah korang kena mantapkan heroes korang dan selalu datang ke Blacksmith untuk upgrade equipment korang.

Bosan nak buat Story Mode? Jangan risau sebab korang juga boleh mengajak kawan-kawan korang untuk berlawan secara PvP (Player Versus Player) dengan korang. Bolehlah korang nak buktikan siapa diantara korang yang lebih pandai susun strategy dan lagi power hahaha!

KATALAKI: Bagi korang yang nak jadi Alpha Tester untuk permainan video ini, Korang boleh join group dorang dekat Facebook. Klik je dekat SINI

Last modified: 19 April 2019