Trofi Baharu AFC Asian Cup 2019

Aktif, Bola

Tinggal beberapa hari je lagi kita nak layan AFC Asian Cup 2019 yang akan bermula pada 5 Januari hingga 1 Februari 2019 nanti. Negara penganjur AFC Asian Cup 2019 kali ni ialah UAE. Untuk edisi sebelum ni, AFC Asian Cup 2015 dianjurkan oleh Australia, juga dimenangi oleh Australia. Untuk tahun 2019 mungkin UAE pula akan menang? *mata jeling ke atas* Mengikut sejarah sebelum ni, sebanyak 7 kali negara penganjur pernah menjadi juara untuk AFC Asian Cup.

Malaysia pernah layak tak bertanding dalam AFC Asian Cup?

Pernah bosskurr. Harimau Malaya pernah masuk AFC Asian Cup sebanyak 3 kali sebelum ni pada tahun 1976, 1980 dan paling latest ialah pada 2007 sebagai tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Kalau korang nak tahu, pemenang AFC Asian Cup secara automatik akan layak bertanding untuk Piala Konfederasi FIFA. Piala Konfederasi FIFA ni ialah kejohanan yang melibatkan juara setiap benua dalam dunia ni iaitu juara FIFA World Cup, juara African Cup Nations, juara CONCACAF Gold Cup, juara Copa America, juara OFC Nations Cup dan juara UEFA Euro.

Sebelum kick-off AFC Asian Cup 2019, ada beberapa benda penting yang korang kena tahu gak. Ringankan jari-jemari korang dan sila scroll bawah brader.

Negara Yang Layak Bertanding

AFC Asian Cup sebelum ni hanya 16 negara je yang layak bertanding selepas perlawanan kelayakan. Tapi untuk edisi kali ni, 24 negara akan bertanding dalam AFC Asian Cup 2019. Ini antara negara-negara yang akan berentap untuk menjulang AFC Asian Cup 2019 nanti.

Group A

 

BAHRAIN

INDIA

THAILAND

UAE

Group B

AUSTRALIA

JORDAN

PALESTINE

SYRIA

Group C

CHINA

KOREA SELATAN

KYRGYZSTAN

PHILIPPINES

Group D

IRAN

IRAQ

VIETNAM

YEMEN

Group E

KOREA UTARA

LEBANON

QATAR

SAUDI ARABIA

Group F

JAPAN

OMAN

TURKMENISTAN

UZBEKISTAN

Trofi Baru

Untuk AFC Asian Cup 2019, trofi terbaru akan digunakan untuk menggantikan trofi sebelum ni yang dah digunakan semenjak tahun 1956 hingga 2015.

AFC ASIAN CUP TROPHY 1956-2015

AFC ASIAN CUP TROPHY 2019

Sejarah Pemenang AFC Asian Cup

AFC ASIAN CUP 2011 WINNER

Setakat ni 8 negara pernah jadi juara AFC Asian Cup semenjak pertama kali dianjurkan antaranya Jepun sebanyak 8 kali, Arab Saudi sebanyak 3 kali, Iran sebanyak 3 kali, Korea Selatan sebanyak 2 kali, Kuwait sekali, Australia sekali dan Israel sekali. Untuk info korang, Israel dah keluar daripada konfederasi Asia semenjak tahun 1974 dan sekarang dah join konfederasi Eropah.

KATALAKI: Korang rasa negara mana yang boleh menang kali ni? Kami rasa mungkin Jepun atau Korea Selatan.

Last modified: 28 December 2018