True Story: Kisah Disebalik “The Lobster Boy”

Sembang

Sebuah keluarga yang mempunyai penyakit keturunan yang membuatkan kedua belah tangan mereka terbentuk seperti penyepit udang galah nampak seperti sebuah keluarga yang bahagia pada luarannya tapi menyimpan rahsia gelap.

The Lobster Boy atau nama sebenarnya Grady Stiles dilahirkan dengan beberapa kekurangan upaya angota badan yang dipanggil sebagai Ectrodactyly yang mana membuatkan jari-jari ditangan dia bercantum dan terbentuk seperti penyepit ketam ataupun udang galah.

Disebabkan kecacatan inilah dia mendapat gelaran The Lobster Boy. Walaupun dilahirkan begitu, Grady tidak merasa tertekan dengan nasibnya sebaliknya dia menggunakan kecacatan fizikal tersebut untuk menjadi seorang penghibur di sebuah circus. Orang ramai yang datang melihat Grady merasa kagum dan ada juga yang menghinanya namun Grady tidak menghiraukan kejian yang diberikan kepadanya.

Disebabkan kecacatan ini, Grady tidak mampu untuk berjalan kerana jari kakinya juga terbentuk seperti jari tangannya. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Gardy telah berkahwin dengan Mary Teresa Stiles dan mempunyai tiga orang anak. Daripada segi luaran, Grady dilihat seperti seorang ketua keluarga yang kuat dan sangat penyayang tapi hanya keluarga dia sahaja yang tahu perangai dia yang sebenar.

Di rumah, Grady sering memukul isterinya dan tiga orang anaknya hanya disebabkan kesalahan yang kecil. Disebabkan dia juga seorang kaki botol, Grady sering kali menggunakan tangannya yang seperti penyepit untuk mencekik Mary dihadapan anak-anaknya.

Grady juga mampu untuk turun daripada kerusi roda dan mengejar isteri atau anak-anaknya bila dia sedang marah. Dia akan menggunakan kedua-dua tangannya untuk bergerak dan ini membuatkan isteri dan anak-anaknya cukup takut dengannya.

Pada suatu hari ketika Grady sedang bergaduh dengan isterinya, anak perempuan Grady iaitu Kathy yang ketika itu sedang mengandung cuba untuk meleraikan pergaduhan mereka. Grady yang bengang dengan tindakan anak perempuannya yang cuba masuk campur telah menyerang Kathy dan memukulnya dengan teruk sekali dan menyebabkan Kathy dimasukkan didalam hospital dan terpaksa melahirkan anaknya yang belum cukup umur.

Ini telah menyebabkan anak Kathy turut mempunyai kecacatan anggota badan yang sama seperti Grady. Dua daripada tiga anak Grady mempunyai kecacatan yang sama seperti Grady. Ia dikatakan kecacatan ini adalah penyakit keturunan kerana daripada ayah sehingga moyangnya mempunyai kecacatan yang sama.

Oleh kerana anak-anaknya juga mempunyai kecacatan yang sama, Grady akan memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama dengannya di Circus untuk menghiburkan pengunjung. Dikenali sebagai The Lobster Family, keluarga Grady boleh dikatakan akan popular dikalangan pengunjung, Grady mampu membawa pulang USD50,000 sehingga USD80,000 sebulan daripada hasil dia menghiburkan pengunjung di circus.

Pada tahun 1973, setelah bertahun-tahun didera oleh Grady, Mary mengambil keputusan untuk bercerai dengan Grady. Ini membuatkan sikap panas baran Grady lebih menjadi-jadi. Pada tahun 1978, anak perempuan Grady iaitu Donna telah merancang untuk berkahwin dengan pasangannya yang bernama Jack Lane. Usia Donna pada masa itu cuma 17 tahun manakala Jack pula baru berumur 18 tahun. Grady telah melarang mereka untuk berkahwin dan telah beberapa kali mengugut untuk membunuh Jack jika mereka meneruskan perkahwinan mereka.

Sebelum malam perkahwinan mereka, Grady telah menjemput Jack untuk datang kerumahnya untuk berbincang. Jack menyangkakan yang Grady akan memberi restu kepadanya namun sebaik sahaja dia masuk kerumah bakal bapak mertuanya, Jack telah ditembak oleh Grady menggunakan senapang patah.

Terkejut dengan apa yang terjadi, Donna terus terkaku melihat apa yang telah dilakukan oleh bapanya. Grady memberitahu Donna yang dia tidak pernah memungkiri janjinya sambil tersenyum setelah dia berjaya membunuh Jack.

Grady telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah. Grady telah menggunakan kecacatannya untuk meminta simpati daripada juri dan hakim. Dia menyatakan kerana keadaan diri dia yang cacat, dia telah menjadi seorang kaki botol namun tidak berjaya. Dia telah disabitkan dengan kesalahan membunuh dengan sengaja dan dipenjara selama 15 tahun. Grady bernasib baik kerana dia cuma akan dipenjara dirumahnya disebabkan penjara tidak mempunyai kepakaran untuk menjaga banduan seperti Grady.

Pada 1989,Mary telah mengambil keputusan yang agak mengejutkan apabila dia telah berkahwin semula dengan Grady setelah Grady menyatakan yang dia telah berubah. Pada permulaan perkahwinan mereka, Grady dilihat seperti betul-betul sudah berubah namun setelah beberapa tahun Grady kembali dengan sikap panas barannya.

Sebelum berkahwin semula dengan Grady, Mary telah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Harry Glen Newman Jr. Harry mempunyai tubuh badan yang agak besar namun tidak beberapa cerdik seperti manusia normal. Walaupun begitu, Harry sangat menyayangi ibunya dan sanggup buat apa saja untuk ibunya.

Setelah beberapa kali didera dan dipukul oleh Grady, Mary mengambil keputusan dia perlu menyelamatkan diri dan anak-anaknya daripada Grady. Pada tahun 1992, Mary memberitahu Harry yang sesuatu perlu dilakukan kepada Grady dan memberi Harry USD1500. Harry mengambil keputusan untuk mengupah seorang pekerja circus yang sama iaitu Christopher Lyon yang pada masa itu berumur 17 tahun.

Christopher telah memecah masuk rumah Grady secara senyap dengan membawa sepucuk pistol. Grady yang ketika itu sedang melihat television tidak menyedari akan kehadiran Christopher. Christopher telah menembak Grady di kepala dari belakang dengan dua das tembakan. Grady telah disahkan mati disitu juga.

Setelah berpuluh tahun didera dan dipukul oleh Grady, Mary dan anak-anaknya akhirnya bebas daripada seksaan Grady. Namun kebebasan itu tidak bertahan lama apabila Harry dan Mary telah disabitkan kesalahan membunuh. Harry telah dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun dan Mary selama 12 tahun. Christopher pula dikenakan hukuman penjara selama 27 tahun.

Walaupun dipenjara, Mary bersyukur kerana dia dapat melepaskan diri dia dan anak-anaknya daripada Grady walaupun dia dan anak lelakinya, Harry terpaksa meringkuk didalam penjara. Baginya, kematian Grady adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anak dan cucu-cucunya.

KATALAKI: Dulu dorang pernah nak buat movie pasal The Lobster Boy dengan menampilkan Tom Hanks dan Matt Damon sebagai Grady Stiles tapi terpaksa di cancel.

Last modified: 27 March 2019