Trypophobia, Fobia Tak Boleh Tengok Benda Bulat-Bulat

Sembang

“Bulat kecik, bulat kecik, bulat lah besar”. Mungkin korang dah biasa dengar ayat tu masa zaman kanak-kanak bila mula belajar melukis. Tapi korang tahu tak mengenai kewujudan Trypophobia iaitu sejenis fobia yang berlaku kepada manusia disebabkan ternampak benda bulat-bulat kecil dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa kepada diri sendiri. Kalau korang nak tahu korang ada tak Trypophobia dalam diri korang, cuba tengok gambar ni jap.

Image Via : mentalfloss.com

Amacam? Bulu roma korang berdiri tak? Gigi rasa ngilu? Maknanya korang merupakan salah seorang yang menghidapi Trypophobia. Ni baru gambar. Belum lagi kalau tengok video yang boleh menguji tahap Trypophobia setiap orang. Mari kita try.

Fuh. Kami yang tulis artikel ni pun berdiri segala bulu kat badan. Ada gak individu yang mempunyai tahap Trypophobia yang kronik sampai boleh menangis, menjerit dan mengalami gangguan emosi. Jadi, hati-hati kalau korang nak bergurau menggunakan unsur-unsur Trypophobia.

Image Via : funnyjunk.com

Baru-baru ni, Trypophobia semakin hangat diperkatakan selepas Apple baru je mula pasarkan smartphone terbaru iaitu iPhone 11 Pro yang mempunyai ciri-ciri untuk menggangu orang yang menghidapi Trypophobia. Bahagian mana yang boleh menyebabkan Trypophobia tu? Kat bahagian kamera belakang.

Image Via : apple.com

Image Via : apple.com

Rasanya takde la boleh menyebabkan Trypophobia sangat. Tak tahu la kalau dalam gambar nampak lain tapi bila pegang kat tangan lain. Kita tunggu la nanti bila iPhone 11 dah masuk Malaysia, kita boleh cuba sama ada betul ke boleh menggangu orang yang ada Trypophobia.

KATALAKI: Jenuh gak nak tempuh gambar-gambar yang ada dalam artikel ni. Jangan lupa try bagi member korang baca artikel ni okeh.

Last modified: 18 September 2019