Tsutomu Miyazaki – Vampire Sebenar Dari Jepun!

Sembang

Bila kita bercerita tentang vampire, ada orang yang cakap ia hanyalah salah satu kisah dongeng orang dulu tapi ada juga yang percaya yang vampire sememangnya wujud sejak dari dulu lagi dan mungkin masih wujud lagi sehingga sekarang.

Tapi hari ini aku bukanlah nak bercerita tentang sejarah vampire tapi aku nak bercerita tentang Tsutomu Miyazaki ataupun dikenali sebagai The Human Vampire. Miyazaki juga dikenali sebagai The Girl Killer kerana mangsa-mangsanya adalah kanak-kanak perempuan.

Sikap dan cara Miyazaki boleh dikatakan seakan-akan sama dengan seorang lagi pembunuh bersiri iaitu Jeffrey Dahmer cumanya Jeffrey menjadikan kanak-kanak lelaki sebagai mangsanya. Seperti Dahmer, Miyazaki juga mempunyai tabiat keji yang dia lakukan kepada mayat mangsanya.

Menurut sumber Muderpedia, Tsutomu Miyazaki akan memakan daging-daging daripada mayat mangsanya dan selebihnya akan disimpan di dalam peti sejuk untuk dia makan kemudian. Walaupun Tsutomu Miyazaki merupakan salah seorang pembunuh bersiri paling kejam di Jepun, ramai orang antaranya ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak percaya dia boleh bertindak sekejam itu.

Tsutomu Miyazaki telah dilahirkan pada 21 Ogos 1962. Tsutomu menjalani kehidupan masa kecil dengan sangat menyedihkan kerana dia dilahirkan dengan tangan yang cacat. Disebabkan itu dia selalu dibuli dan diejek oleh kanak-kanak lain di sekolah.

Disebabkan sedih dengan keadaan dirinya, Miyazaki mengambil keputusan untuk menyendiri. Dia banyak menghabiskan masanya dengan membaca komik-komik fantasi dan menonton filem-filem seram. Tapi bila umurnya semakin meningkat, dia mula berubah daripada komik dan movie kepada menonton pornography.

Dia dikatakan menyimpan lebih daripada 5700 videovideo lucah dan kebanyakan videovideo pornography ini adalah video kanak-kanak. Dia jarang keluar daripada biliknya, namun apabila dia mengambil keputusan untuk keluar, dia biasanya akan pergi ke tennis court bersama dengan camera miliknya untuk menangkap gambar-gambar seluar dalam perempuan yang sedap bermain tennis.

Kalau kita biasa dengar pembunuh bersiri biasanya mempunyai keluarga yang kacau bilau, tapi keluarga Miyazaki bukan begitu. Ayah kepada Miyazaki mempunyai syarikat surat khabarnya sendiri tapi Miyazaki tidak berminat untuk mengambil alih perniagaan bapanya.

Disebabkan itu Miyazaki lebih suka menghabiskan masa di dalam bilik sambil menonton videovideo lucah, ibu dan dua adik perempuannya mula menjauhkan diri daripadanya dan menyatakan dia dianggap sebagai seorang yang pemalas.

Namun Miyazaki sangat rapat dengan datuknya. Miyazaki akan bercerita apa sahaja dengan datuknya dan selepas datuknya meninggal, Miyazaki mengambil keputusan untuk memakan abu mayat datuknya supaya datuknya akan sentiasa ada bersamanya.

Selepas datuknya sudah tiada, sikap Miyazaki mula menjadi lebih teruk. Dia pernah ditangkap cuba mengintai salah seorang adik perempuannya yang sedang mandi. Dia telah ditangkap oleh adiknya sendiri tapi Miyazaki mengambil keputusan untuk memukul adiknya. Ibunya cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut tapi dia juga turut dipukul oleh Miyazaki.

Pembunuhan pertama Miyazaki bermula pada tahun 1988. Pada 22 Ogos 1988, Miyazaki telah menculik seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu sedang bermain di taman permainan di Tokyo. Dia telah membawa kanak-kanak tersebut dibawah sebuah jambatan yang sunyi dan kemudiannya bertindak mencekik kanak-kanak tersebut sehingga mati.

Setelah memastikan kanak-kanak tersebut betul-betul mati, dia kemudiannya bertindak merogol mayat kanak-kanak tersebut. Setelah puas, dia mengambil pakaian kanak-kanak tersebut dan membawanya pulang ke rumah.

Beberapa hari selepas itu, Miyazaki menukar rancangannya dan kembali ke bawah jambatan tersebut untuk menghapuskan mayat kanak-kanak tersebut. Dia memotong kaki dan tangan kanak-kanak itu dan membakar mayat tersebut. Dia kemudiannya membawa pulang kaki dan tangan mayat tadi ke rumahnya dalam sebuah beg.

Miyazaki tidak berhenti disitu, dia kemudiannya menghantar sebuah surat kepada keluarga kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan abu mayat kanak-kanak tersebut. Ayat yang dia tulis di dalam surat tadi itu berbunyi “Mari. Cremated. Bones. Investigate. Prove” Tindakan Miyazaki ini dilihat seperti dia saja mencabar pihak berkuasa untuk mencarinya.

Beberapa bulan selepas itu, Miyazaki telah melakukan benda yang sama pada mangsa keduanya yang dia jumpa sedang berjalan seorang diri. Dia melakukan semua benda tadi ditempat yang sama dibawah jambatan tempat mangsa pertama dibunuh.

Tapi untuk mangsa yang keempat, dia telah menukar cara dia membunuh. Dia masih mencari kanak-kanak perempuan tapi tidak membunuhnya dibawah jambatan seperti yang dia biasa lakukan. Dia membawa balik mayat tersebut ke rumahnya dan selama dua hari, dia bertindak merakam video dan menangkap gambar segala aksi jijiknya bersama mayat kanak-kanak tersebut.

Bila mayat tersebut mula mereput, dia bertindak memotong tangan kanak-kanak tersebut dan membuang anggota badan tersebut dibeberapa kawasan berlainan supaya menyukarkan kerja pihak berkuasa menjejaknya. Dia mengaku dia memakan tangan kanak-kanak tersebut dan meminum darah mangsanya.

Akhirnya segala kerja jijik yang dilakukan oleh Miyazaki telah terbongkar apabila dia cuba mencari mangsanya yang kelima. Semasa dia sedang cuba menangkap gambar mangsanya yang kelima, ayah kanak-kanak tersebut kebetulan telah ternampak tindakan Miyazaki dan kemudian mengambil keputusan memukul Miyazaki sebelum memanggil pihak polis.

Pihak polis mengambil keputusan untuk mengeledah rumah Miyazaki dan apa yang mereka jumpa di dalam biliknya tidak ubah seperti dalam filem cerita seram. Polis telah menjumpai beberapa video seks dia bersama-sama dengan mayat mangsanya sebelum ini dan juga tangan mangsanya yang dia simpan di dalam bilik.

Semasa sedang dibicara di mahkamah, Miyazaki tidak menunjukan sikap bersalah langsung dan percaya apa yang dia telah lakukan adalah satu benda yang terpuji. Ayah Miyazaki telah mengambil keputusan untuk tidak membela Miyazaki semasa dia di mahkamah kerana baginya tindakan tersebut umpama dia menghina ahli keluarga mangsa yang telah dibunuh oleh Miyazaki.

Miyakazi telah dihukum gantung sampai mati pada 17 June 2008 dan ayahnya telah mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana berasa malu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya Tsutomu Miyazaki.

KATALAKI: Dikatakan sebuah filem pendek berkenaan kisah Tsutomu Miyazaki telah dihasilkan dan di upload di Youtube namun video asal dan channel tersebut tidak dapat dijumpai kerana telah dipadam oleh Youtube sendiri.

Last modified: 24 July 2019