Tukang Tidur Dengan Bayaran RM3,000 Dicari!

Sembang, ZAP, ZeKool

Mungkin sebelum ni korang dah pernah terbaca mengenai pekerjaan sebagai seorang tukang tidur. Kalau dah nama pun pekerjaan, mesti lah dibayar. Siapa je yang tak nak kalau dibayar untuk tidur, betul? Bagi yang dah lama mengidam untuk mencari kerja sebagai tukang tidur di Malaysia, ini lah masa yang paling sesuai untuk korang memohon jawatan pekerjaan sebagai Sleep Executive yang ditawarkan oleh sebuah syarikat pengeluar tilam, dikenali sebagai Sonno.

Dengar macam tak masuk akal, tapi ini lah kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Sonno untuk mencari tukang tidur yang layak bagi menguji produk keluaran Sonno, dalam masa yang sama, membantu meningkatkan lagi kualiti tidur orang ramai terutama sekali kepada pelanggan-pelanggan Sonno. Nak cari tukang tidur pun tetap ada syarat kelayakan yang perlu dipatuh. Menurut Sonno, calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan Sleep Executive di Sonno adalah seseorang yang mahir dan aktif menggunakan media sosial, dan yang paling penting, seseorang yang betul-betul mudah terlena diulit mimpi semasa tidur. Memang nampak mudah betul syarat-syarat yang ditetapkan oleh Sonno untuk jawatan Sleep Executive ni.

Dengan ganjaran RM3,000 yang ditawarkan sebagai seorang tukang tidur di Sonno, calon-calon yang layak juga perlu menyelesaikan beberapa misi yang diberikan antaranya menulis laporan mengenai pengalaman tidur menggunakan tilam berjenama Sonno, menyediakan data dan analisis tentang aktiviti tidur sepanjang menggunakan tilam Sonno dan merakamkan video korang sebelum, semasa dan selepas tidur. Untuk mencapai misi yang ditetapkan kepada tukang tidur yang dicari, calon-calon yang layak juga perlu tidur 8 jam tanpa henti setiap malam menggunakan tilam Sonno untuk tempoh 100 malam, bermula 1 September 2020 sehingga 10 Disember 2020.

Kalau ada yang berminat, korang boleh lah hantarkan permohonan untuk jawatan Sleep Executive di Sonno bermula 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020. Kalau korang antara yang bertuah dipilih sebagai tukang tidur di Sonno, korang juga boleh simpan terus tilam dan bantal Sonno yang diberikan semasa menjalankan tugas sebagai Sleep Executive di Sonno, di samping ganjaran RM 3,000 yang ditawarkan. Selamat mencuba dan selamat tidur!

TAPI KALAU TAK DAPAT?

Bagi korang yang dah cuba tapi tak dapat rezeki untuk pekerjaan seperti yang ditawarkan diatas ni. Jangan risau mahupun jangan terasa down sebab peluang ada banyak lagi untuk korang. Antara peluang yang ada sekarang ni juga adalah seperti peluang untuk sertai team Thelaki. Cuma yang bezanya kerja yang kami tawarkan ini adalah untuk posisi sebagai seorang Social Media Coordinator, maka korang kenalah jadi seseorang yang rajin kaw-kaw scroll aplikasi media sosial dan tahu serta sentiasa up to date dengan benda-benda yang tengah in dan viral. Kalau berani dan berminat, silalah jemput apply dan hantar resume korang di [email protected] dengan subjek “Nak Sertai Team Thelaki”. Good luck dan all the best bro!

KATALAKI: Untuk memudahkan korang, boleh klik je kat SINI untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai jawatan kosong sebagai tukang tidur ni. 

Last modified: 12 July 2020