UCL Draw – 5 Player Yang Bakal Jejak Kasih

Aktif, Bola

Isnin, 17 November 2018, UEFA dah adakan cabutan undian untuk perlawanan UEFA Champions League yang seterusnya, Round of 16. 16 team eropah akan bertemu di Round of 16 untuk layak ke peringkat seterusnya, peringkat suku akhir. Untuk perlawanan suku akhir dan separuh akhir nanti, satu lagi undian akan diadakan oleh UEFA untuk tentukan lawan masing-masing pada 15 Mac 2019 nanti. Ini jadual perlawanan yang dah confirm untuk Round of 16. Team korang jumpa team ayam ke team seram?

Ni jadual perlawanan untuk Round of 16.

UEFA Champions League Round of 16 (1st Leg & 2nd Leg)

12 Februari 2019 & 6 Mac 2019
Manchester United  v Paris Saint-Germain
AS Roma v FC Porto

13 Februari 2019 & 5 Mac 2019
Tottenham Hotspur v Borussia Dortmund
AFC Ajax v Real Madrid

19 Februari 2019 & 13 Mac 2019
Lyon v Barcelona
Liverpool v Bayern Munich

20 Februari 2019 & 12 Mac 2019
FC Schalke 04 v Manchester City
Atlético Madrid v Juventus

Kalau korang perasan, ada beberapa player yang akan jejak kasih, bertemu semula dengan team lama dorang. Masa ni la kalau player tu score lawan team lama, rasa bersalah akan menyelubungi diri tapi dalam masa sama rasa puas hati sebab dapat score lawan teammate lama! Jom kita tengok player mana yang mungkin masih lagi simpan dendam dengan team lama dorang

Leroy Sane VS FC Schalke 04

Sebelum Leroy Sane berpindah ke Manchester City, pemain yang suka gelecek dan lari macam ribut ni banyak berbakti kepada team lamanya, FC Schalke 04 sejak dari 2005 hingga 2008 masa karier remajanya. Pada 2008, Leroy Sane berpindah ke Bayern Leverkusen untuk mencari lebih pengalaman di usia remaja. 3 tahun di Bayern Leverkusen, Leroy Sane patah balik ke FC Schalke 04 dari 2011 sehingga 2014 menjadi salah seorang tonggak utama dalam pasukan senior FC Schalke 04.

Kali pertama Leroy Sane jaringkan gol dalam UEFA Champions League ialah pada Oktober 2015 menentang Real Madrid masa Leroy Sane masih lagi bersama dengan FC Shalke 04. Lepas settle undian hari tu, FC Schalke 04 siap tweet dekat Leroy Sane!

Mario Mandzukic VS Atletico Madrid

Pemain yang dah berusia 32 tahun tapi masih berbisa di depan gawang gol ni pernah beraksi dengan Atletico Madrid selama satu musim pada tahun 2014 sebelum berpindah ke Juventus pada tahun 2015. Mario Mandzukic pernah menjaringkan 20 gol dalam 43 penampilan bersama Atletico Madrid dan setakat ni dah jaringkan 42 gol dalam 147 penampilan bersama Juventus. Semenjak Cristiano Ronaldo dah join Juventus, Mario Mandzukic dah jaringkan 8 gol untuk Juventus. Baru separuh musim!

Musim lepas, sebelum CR7 join Juventus, Mario Mandzukic jaringkan 10 gol je untuk satu musim. Mungkin dengan bantuan CR7, Mario Mandzukic boleh pesta gol lawan Atletico Madrid nanti?

Angel Di Maria VS Manchester United

Penyokong Red Devils nampaknya semakin risau lepas undian hari tu bakal menyaksikan Manchester United akan bertemu dengan gergasi Perancis, PSG dalam Round of 16. Memandangkan prestasi Manchester United pun macam tak berapa bagus setakat ni, Angel Di Maria mungkin akan gunakan peluang ni untuk buktikan kehebatannya menentang Manchester United?

Satu musim Angel Di Maria di Manchester United pada 2014, hanya berjaya menjaringkan 4 gol dalam 32 perlawanan. Angel Di Maria teruk dikritik masa beraksi bersama Manchester United sebelum buat keputusan untuk berpindah ke PSG pada tahun 2015. Musim pertama Angel Di Maria bersama PSG berjaya jaringkan 15 gol dan 25 assists dalam 47 perlawanan. Setakat ni dah 57 gol yang dijaringkan dan 59 assists oleh Angel Di Maria bersama PSG. Standby la Manchester United. Angel Di Maria confirm dendam teruk dengan Manchester United. Sama-sama kita tunggu Transfer Window Januari ni mungkin Manchester United nak borong defender yang boek-boek untuk lawan PSG nanti.

Samuel Umtiti VS Olympique Lyonnais

Perasaan Samuel Umtiti yang akan bertemu dengan Lyon mungkin sama dengan Leroy Sane. Samuel Umititi mula terlibat dengan karier bola sepak secara profesional bersama Lyon sejak remaja pada tahun 2002 hingga 2016. 14 tahun Samuel Umtiti dah berbakti kepada Lyon! Tapi sekarang ni Samuel Umtiti masih lagi injured selepas mengalami kecederaan di lutut. Sempat tak rasanya Samuel Umtiti pulih dari kecederaan sebelum pertemuan dengan team lamanya yang dijadualkan pada Februari 2019 nanti?

Xherdan Shaqiri VS Bayern Munich

Boleh dikira undian maut apabila Liverpool akan bertemu dengan Bayern Munich untuk Round of 16 nanti. Fans Liverpool confident tak dengan perlawanan ni? Liverpool sekarang ni memang tengah dalam prestasi yang mengagumkan. Hari tu baru je lauk Manchester United 3-1. Jurgen Klopp memang buat keputusan dengan betul selepas buat beberapa pembelian pemain baru yang penting untuk Liverpool musim 2018-2019. Salah satunya penjaga gol, Allison Becker yang memang mantap jaga gawang gol Liverpool.

Xherdan Shaqiri pula sebelum ni pernah beraksi dengan Bayern Munich selama 3 musim dari tahun 2012 hingga 2015. Prestasi Xherdan Shaqiri dengan Bayern Munich pun not bad. Berjaya jaringkan 17 gol dan 19 assists dalam 81 perlawanan bersama Bayern Munich walaupun jarang diturunkan sebagai first eleven. Mana tak nya, persaingan pemain dalam Bayern Munich memang sengit untuk rebut jadi first eleven sebab Bayern Munich memang penuh dengan pemain-pemain yang berbakat dan berkelas dunia. Xherdan Shaqiri dah buktikan dekat Jurgen Klopp yang dia boleh beraksi dengan baik lawan team ternama. Hari tu score dua biji gol lawan Manchester United! Liverpool lawan Bayern Munich memang salah satu perlawanan tumpuan dunia untuk Round of 16 ni. Korang rasa team mana boleh layak ke peringkat seterusnya?

KATALAKI: Cepat la bulan Februari 2019. Dah tak tahan ni.

Last modified: 18 December 2018