UFC: Knockout Paling Laju Dalam Sejarah

Sembang

Baru-baru ni, salah seorang UFC Fighter yang berasal dari Amerika Syarikat, Jorge Masdival berjaya mencatat rekod baru, berjaya mengalahkan Ben Askren menerusi Knockout hanya dalam masa 5 saat! Rekod terbaru ni  merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah UFC. Tak sempat nak berpeluh, dah habis perlawanan.

Untuk info, Ben Askren memegang rekod 19 kemenangan tanpa kalah sebelum ditewaskan oleh Jorge Masdival dalam masa 5 saat.

Image Via : mmamania.com

Ini respons Ben Askren kat Twitter selepas dikalahkan oleh Jorge Masdival.

Selepas perlawanan dimulakan, Jorge Masdival dengan pantas menggunakan lutut untuk memulakan serangan dan dengan tepat melekat ke muka Ben Askren sebelum pengadil menghentikan perlawanan.

Jorge Masdival pun ada tweet gak selepas tamat perlawanan paling pendek dalam sejarah UFC ni.

Ini keadaan Ben Askren selepas keluar dari The Octagon menuju ke bilik persalinan.

Rekod terbaru Jorge Masdival ni berjaya mengalahkan rekod sebelum ni yang dipegang oleh Duane Ludwig, menewaskan Jonathan Goulet dalam masa 6 saat pada tahun 2006.

KATALAKI: Lepas ni ada ke yang berjaya Knockout kurang daripada 5 saat rasanya? Kalau ada gak memang gila ah. 

Last modified: 11 July 2019