UKM Juara Keseluruhan XPAX KEK Semester Kedua!

Game, Tech

Pada hari minggu yang lepas, telah berlangsungnya Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 (XPAX KEK 2). Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di The Curve, Damansara dari 23 sehingga 24 November 2019.

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 (XPAX KEK 2) ini telah dianjurkan oleh Media Prima Digital dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad. Mereka telah mengelilingi satu Malaysia dan pergi ke kampus-kampus tempatan bagi mencari bakat dan wakil untuk dua permainan video yang mereka pertandingkan.

Dua permainan video tersebut adalah Mobile Legends: Bang Bang dan juga PUBG Mobile. Kesemua mereka telah berentap bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM180,000 berserta biasiswa berjumlah RM50,000. Lima zon yang mereka pergi adalah: Borneo, Southern, Central, Nothern, dan juga East Coast.

Kejohanan ini telah dimulakan dengan online qualifier dan pasukan yang berjaya akan dimasukkan dalam Top 16 Team. Selepas itu, 16 pasukan ini akan bertanding di Final Zone bagi melihat pasukan manakah yang akan layak untuk bertanding di peringkat Grand Final. Daripada 16 pasukan tadi, hanya lapan pasukan sahaja yang layak ke peringkat suku akhir sebelum berentap di Grand Final. Lapan pasukan yang layak adalah seperti berikut:

  • Skadoosh (Politeknik Port Dickson)
  • Proxy Alliance (Universiti Sains Malaysia)
  • Ultra Instinct (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • Team Blank (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
  • Maximus Rex (Universiti Malaysia Sarawak)
  • 7th Generation (Universiti Malaya)
  • Team Pyro (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)
  • Team Parahmen (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah)

Pada hari pertama Grand Final Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 (XPAX KEK 2) berlangsung, Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah terlebih dahulu berjaya ke peringkat Grand Final Mobile Legends Celcom XPAX KEK Semester 2 selepas mereka berjaya mengalahkan pasukan Team Blank dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dengan mata 2-1.

Selepas itu, pasukan Ultra Instinct yang merupakan juara untuk Mobile Legends: Bang Bang Celcom XPAX KEK Semester Pertama telah berjaya mara ke peringkat Grand Final sekali lagi apabila mereka dengan mudah mengalahkan pasukan 7th Generation dari Universiti Malaya dengan mata 2-0. Ini telah mengesahkan yang juara Celcom XPAX KEK Mobile Legends Semester pertama, Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan bertembung dengan Team Parahmen dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah diperingkat Grand Final.

Semasa peringkat Grand Final untuk permainan video Mobile Legends dijalankan, pasukan Ultra Instinct namanya lebih bersedia berbanding Team Parahmen. Match yang menggunakan format Best of Three ini melihatkan pasukan Ultra Instinct berjaya memperoleh mata yang pertama.

Ramai yang mengharapkan Team Parahmen mengalahkan pasukan Ultra Instinct dan suara-suara penyokong bagi kedua-dua team tidak putus-putus menggegarkan The Curve, Damansara. Setiap pasukan saling berbalas serangan namun sekali lagi aku dapat melihat Team Parahmen seperti hilang tujuan apabila serangan daripada pasukan Ultra Instinct semakin kehadapan.

Akhirnya pada minit ke-12, Team Parahmen terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia apabila pasukan itu berjaya memperolehi mata kedua. Dengan dua mata berbalas kosong, pasukan Ultra Instinct sekali lagi telah dinobatkan juara untuk kategori Mobile Legends Celcom XPAX KEK Semester Kedua.

Berikut merupakan senarai pemenang untuk Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester Kedua:

PUBG MOBILE

  • Unimap Elementus (UMP): Johan
  • IIUM Mustangs (IIUM Gombak): Naib Johan
  • Raizen Squad (UITM Kampus Sungai Petani): Tempat Ketiga

MOBILE LEGENDS: BANG BANG

  • Ultra Instinct (UKM): Johan
  • Team Parahmen (POLISAS): Naib Johan
  • Team Blank (UTHM): Tempat Ketiga

Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dengan mata sebanyak 340 point. Sebagai Johan Keseluruhan, mereka telah berjaya mendapatkan Biasiswa daripada Celcom XPAX sebanyak RM50,000! Semasa upacara penyerahan hadiah diadakan, pihak penganjur Celcom XPAX KEK sempat menyatakan yang Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester Ketiga akan terus dijalankan pada tahun hadapan!

KATALAKI: Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia!

Last modified: 25 November 2019