Ulangtahun Ke-20, Butterfingers Nak Grunge puas-puas!

Sembang

“Grunge is back and never dead”, itu yang aku dapat katakan setelah aku dapat tahu yang antara pelopor scene muzik genre Grunge dan band lagenda Grunge tanahair, Butterfingers mengumum bakal membuat konsert ulang-tahun ke-20 album Transcendence pada 2 November 2019.

Konsert penyatuan kesemua ahli-ahli Butterfingers yang terdiri daripada Emmet, LoQue, Kadax dan Loco diatas pentas konsert berskala besar buat kali pertama sejak persembahan terakhir mereka bersama pada tahun 2016, kini Butterfingers muncul dan bergabung sekali lagi untuk konsert penuh khas sempena ulang tahun ke-20 album Transcendence yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu, 2 November 2019.

Bukan Konsert RIP

Mengumumkan konsert 20th year anniversary Transcendence sebagai konsert terakhir buat 2019. Tetapi konsert ini bukanlah konsert yang menamatkan Butterfingers sebagai kumpulan muzik. “Konsert ini adalah konsert yang terakhir untuk masa ini. Kami tak tahu lagi kami aktif atau tidak selepas ini, sekali sekala turun padang. Moment dan vibe ini kami gunakan sebaik mungkin.” kata Kadax & Loque ketika di sidang media pelancaran konsert 20th year anniversary Transcendence.

Ada Apa Dengan Transandance?

Kenapa dalam banyak-banyak album Butterfingers, album Transandance menjadi pilihan untuk membuat sambutan konsert? Ini disebabkan album Transcendence yang diriliskan pada tahun 1999 merupakan album yang membuka ruang buat Butterfingers keluar daripada scene underground Grunge ke industri muzik yang lebih mainstream. Selain menyambut ulang tahun ke-20, album Transcendence ini juga merupakan album paling komersial buat Butterfingers kerana terjual lebih dari 50,000 unit pada tahun 1999 dengan lagu “The Chemistry (Between Us)” yang merupakan lagu yang diminati ramai.

Album Transcendence juga adalah album yang paling memorable buat ahli-ahli Butterfingers seperti Emmet, Loque, Kadax dan Loco kerana album tersebut seperti lembaran baru untuk mereka diterima ramai peminat muzik mainstream.

“Untuk peminat setia dan juga peminat tak setia Butterfingers, ini adalah peluang keemasan untuk saksikan Butterfingers kembali di pentas konsert besar kerana pada sudut saya, sudut Emmet dan sudut band kita menjanjikan dari era Transcendence ke era yang lebih terdahulu Butterfingers” menurut LoQue selaku salah satu  “orang kuat” disebalik penganjuran konsert 20th Year Anniversary Transcendence.

Mesin Masa Ke Tahun 90an

It’s gonna be a marathon show & it’s gonna be tons of fun” kata Emmet selaku vokalis Butterfingers yang bersiaran secara langsung dari Kanada untuk turut bersama ahli-ahli Butterfingers di sidang media pelancaran konsert 20th Year Anniversary Transcendence. “Album Transcendence Keramat Kuat” ujar LoQue selaku pemain gitar utama, keyboadist dan vokalis ke-2 Butterfingers, LoQue dan Butterfingers juga menjanjikan set list yang menarik dan mengamit memori buat peminat Butterfingers dan scene muzik Grunge era 90an kerana lagu-lagu yang bakal dipersembahan daripada album-album terawal kemunculan Butterfingers di scene muzik Grunge tanah air.

Kenangan Stadium Melawati

Dalam banyak-banyak lokasi, Stadium Malawati menjadi pilihan kerana Butterfingers mempunyai kenangan konsert yang terbaik pada tahun 1999 di lokasi berdekatan Stadium Malawati. Stadium Malawati juga mempunyai kapasiti yang mampu memuatkan seramai 7,000 penonton.

Nafas Baru Ulang Tahun Ke-20

“Ini adalah langkah bayi, atau baby steps dan kami nak enjoy apa yang kami ada sekarang. Tiada sebarang janji tapi ini lah kita sekarang. Buat masa sekarang tiada apa-apa plan lagi untuk bersatu untuk lagu terbaharu ataupun album studio terbaharu daripada kami” kata Butterfingers.

KATALAKI: Buat peminat-peminat muzik Grunge. Kita jumpa 2 November 2019 nanti!

Last modified: 10 October 2019