#EkorOnTrain – Jom Turun, Gegarkan Stadium!

Aktif, Bola

20 November 2018 yang lepas, kecoh di Twitter bila semboyan Ultras Malaya dibunyikan menandakan Stadium Bukit Jalil bakal riuh dan gegak-gempita dengan kehadiran penyokong Ultras Malaya dianggarkan seramai 100 ribu orang untuk menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF 2018 antara Malaysia menentang Myanmar, 24 November ni!

Mengikut update terkini yang diterima daripada FAM menerusi Twitter @FAM_Malaysia, sebanyak 34,643 tiket telah pun terjual untuk perlawanan yang ditunggu-tunggu sabtu ni.

Ini antara tweet penyokong-penyokong Ultras Malaya dan Harimau Malaya yang membangkitkan lagi semangat orang ramai untuk join #EkorOnTrain.

Ultras Malaya siap bagi amaran gak dekat tren Rapid KL ke Bukit Jalil sabtu ni untuk menyediakan coach yang cukup dan memanjangkan waktu operasi tren untuk penyokong Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Bukit Jalil!

Laungan Ultras Malaya juga dibalas oleh Rapid KL menerusi Twitter @AskRapidKL.

Jawapan yang dinantikan oleh seluruh penyokong Harimau Malaya akhirnya turut dibalas oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq!

So, korang dah ready belum nak gegarkan Stadium Bukit Jalil sabtu ni?! Kalau yang join #EkorOnTrain ni ada beberapa etika yang korang kena patuh okeh!

KATALAKI: Ayuh Harimau Malaya! Ini barisan kita!

Last modified: 26 November 2018