Umur 17 Tahun, 44 Kali Main, Terus Bersara Nombor 22

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Kebiasaannya, nombor jersi yang dipakai oleh seseorang pemain bola sepak memberi makna yang tersirat kepada pemain bola sepak tersebut. Nombor jersi yang popular antaranya jersi bernombor 7, 10 atau 9 antara nombor jersi paling popular dan ikonik dalam sejarah bola sepak. Bagi pemain bola sepak yang menggunakan nombor yang kurang popular, contohnya nombor 31, 14 atau 18, mungkin mempunyai makna tersendiri kepada pemain tersebut sama ada nombor tersebut ada kena-mengena dengan diri sendiri, keluarga atau percaya kepada nasib yang baik dengan nombor tersebut. David Beckham yang berpindah ke Real Madrid pada tahun 2003, memilih untuk menggunakan jersi bernombor 23 sebagai tanda simbolik mengagumi kehebatan Michael Jordan yang juga menggunakan jersi bernombor 23 dalam sukan bola keranjang.

Selain tu, ada gak kelab bola sepak yang sanggup mengosongkan sesuatu nombor jersi, tidak boleh digunakan oleh pemain-pemain lain sebagai tanda memberi kehormatan kepada pemain tersebut yang dah banyak berjasa. Contohnya, Napoli tidak membenarkan sebarang pemain lain menggunakan jersi bernombor 10 sejak Diego Maradona meninggalkan Napoli pada tahun 1992.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan kelab yang bersaing di EFL Championship, Birmingham City, sanggup mengosongkan jersi bernombor 22, semata-mata untuk menghargai jasa pemain kesayangan, Jude Bellingham yang berpindah ke Borussia Dortmund, walaupun baru berumur 17 tahun.

Jude Bellingham yang berasal dari England, memulakan karier dalam sukan bola sepak profesional seawal umur 7 tahun bersama Birmingham City, seterusnya dibentuk menjadi seorang pemain tengah yang lincah menggelecek, rakus mencuri bola daripada pihak lawan, bijak mencipta peluang gol dan mampu merobek gawang gol pihak lawan. sehingga berjaya mencipta sejarah baru kelab Birmingham City, pemain paling muda yang beraksi bersama skuad senior, ketika berumur 16 tahun 38 hari.

Sejak mula beraksi secara kerap bersama skuad senior Birmingham City pada tahun 2019, nama dan bakat Jude Bellingham semakin dikenali ramai dan ditagih oleh beberapa kelab bola sepak ternama Eropah, termasuk lah Manchester United. Pada 20 Julai 2020, Jude Bellingham secara rasmi diumumkan sebagai pemain terbaru Borussia Dortmund, masih lagi kekal menggunakan jersi bernombor 22, nombor jersi sama yang pernah digunakan ketika bersama Birmingham City.

 

View this post on Instagram

 

🆕2️⃣2️⃣ #HeyJude 🤩

A post shared by Borussia Dortmund (@bvb09) on

KATALAKI: Kalau dalam game FIFA atau Football Manager, Jude Bellingham memang dijangka akan menjadi salah seorang pemain ternama dunia suatu hari nanti. Mampu atau tak Jude Bellingham menepati ramalan orang ramai?

Last modified: 4 August 2020